Posts

Showing posts with the label Event

STESEN RADIO MUZIKFM BERWAJAH BARU KEMBALI BERSAMA PENDENGAR

Image
Adakah anda salah seorang pendengar stesen radio muzikfm sebelum ini? Menariknya entry kali ini berkisar tentang stesen radio muzikfm. Stesen radio muzikfm yang berwajah baru yang terkenal dengan tagline stesen muzik anda telah dilancarkan semula pada 13 Februari 2024 di Tanjung Piai sempena sambutan hari radio sedunia dengan nama MUZIKfm RTM. Antara segmen di MUZIKfm RTM iaitu Rilex @ muzikfm (6am-12pm), Chill @ muzikfm (12pm-6pm), Santai @ muzikfm (6pm-12am), Night therapy @ muzikfm (12am-6am). Terdapat juga segmen permintaan lagu iaitu segmen 'Layan muzikfm' di mana slot ini lagu-lagu yang disiarkan adalah berdasarkan permintaan pendengar pada setiap Sabtu jam 9 malam hingga 11 malam. Permintaan lagu boleh dibuat di media sosial MUZIKfm RTM  iaitu facebook , instagram atau email di muzikfm@rtm.gov.my. Penyampai radio MUZIKfm RTM adalah DJ Aliff Al-farabby dan DJ Azwan. MUZIKfm RTM juga memperkenalkan penyampai radio AI dikenali sebagai DJ AiRa. DJ Aliff yang sebelum ini

Blues Gang bakal meriahkan pentas Auditorium Perdana Angkasapuri Kota Media

Image
  Entry pada kali ini saya cukup teruja ingin menyebarluaskan informasi ini kepada pembaca blog ini dan semua bahawa Blues Gang bakal beraksi di  Angkasapuri Kota Media Sabtu ini. Persembahan ini dibawakan oleh Unit Hiburan TV RTM dalam rancangan HMI, Hiburan Minggu Ini: Blues.  Blues Gang merupakan kumpulan muzik legenda yang popular sejak era 1970-an antara lagu mereka seperti Apo Nak Di Kato dan Mama Saya Mahu Kahwin.  Penampilan teristimewa juga di HMI, Hiburan Minggu ini dari Ilham (Pitahati), Khir Rahman, Jo Branko, Tom dan Nur Amira Syahira. Mari bersama memeriahkan acara ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kota Media pada 30 September 2023, Sabtu pukul 9.00 malam.  Acara ini juga akan bersiaran secara langsung di TV2 dan RTM Klik.

SINGLE TERBARU YASSER SHARIFUDIN – GENDERANG CINTA

Image
  Entry pada kali ini berkisar tentang Yasser Sharifudin serta single terbaru Genderang Cinta. Yasser Sharifudin merupakan artis solo yang bergerak sendiri serta optimis untuk terus mengorak langkah dalam industri muzik tanah air. Saya ingin berkongsi sedikit latar belakang tentang seorang yang bernama Yasser Sharifudin ini. Yasser Sharifudin atau nama penuhnya Muhammad Yasser Bin Sharifudin, penyanyi baru kelahiran Kuala Lumpur ini mula minat menyanyi sejak umur 10 tahun lagi atas   faktor minat yang mendalam serta turut mendapat galakan dari arwah ibunya. Untuk pengetahuan juga, Yasser Sharifudin pernah menyertai program pertandingan berprestij terbitan RTM iaitu Bintang RTM pada tahun 2018 dan berjaya menjadi finalis ke peringkat akhir Bintang RTM 2018. Yasser berduet bersama Ameer Sofazr menggegarkan CIDB dengan lagu Pelesit Kota vs Duit dan juga turut menyampaikan lagu baru ciptaan Syamel bertajuk Lumrah Cinta. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut namun Bintang RTM a

ILI AKMAL DAN ALIFF THE CHAMP MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARU BERJUDUL I LOVE MYSELF

Image
  Entry kali ini berkisar tentang Ili Akmal dan Aliff the Champ yang merupakan artis baharu indie serta single terbaru I Love Myself. Terkini Ili dan Aliff muncul sebagai duo dalam lagu terbaru pop inggeris berjudul I Love Myself. Sebelum ini Ili pernah muncul dalam 2 single iaitu Bangkit dan Move On serta pernah berkolaborasi bersama Aliff sebagai cameo dalam lagu Move On pada tahun 2020. Jom ikuti sedikit perkongsian latar belakang kedua-dua artis baharu ini. Ili Akmal merupakan seorang penyanyi dan komposer baharu manakala Aliff atau nama penuhnya, Aliff Al-Farabby Bin A.Rahim seorang figura yang tidak asing lagi dalam bidang penyiaran serta di kalangan pendengar radio kerana beliau merupakan seorang penyampai radio dan sekarang memulakan langkah dalam industri muzik sebagai rapper. Ili Akmal atau nama penuhnya Ili Akmal Binti Mohd Razif, penyanyi baru kelahiran Sungai Petani, Kedah ini mula menulis lagu sejak kecil dari usia 8 tahun lagi dan Ili mula serius membentuk vokal sej

DJ ALIFF DALAM SEGMEN NASIONAL 5-8 DI NASIONAL FM

Image
  Entry kali ini berkisar tentang seorang figura yang dikenali dalam dunia penyiaran. Semestinya nama DJ Aliff   atau Aliff Al-farabby Bin A.Rahim sudah tidak asing lagi bagi pendengar setia Nasional FM. Penyampai radio berkaliber dan berpengalaman ini sudah berkhidmat selama 9 tahun di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum ini, Dj Aliff pernah bertugas di Galaksi Muzik dan Muzik FM Online selama 4 tahun. Pengalaman dan minat yang mendalam sebagai Penyampai Radio, membuatkan Aliff tidak kekok untuk muncul dalam pelbagai segmen di Nasional FM iaitu segmen GBH (Geng Burung Hantu) 12 tengah malam sehingga 6 pagi, Nasional 6 petang hingga 12 tengah malam dan terkini Dj Aliff mengendalikan segmen Nasional 5-8 di Nasional FM yang ke udara   setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 5 petang hingga 8 malam. Aliff tidak keseorangan mengendalikan segmen ini. Beliau bergandingan bersama rakan penyampai Ranie. Turut sama dibantu oleh Qhaliff dan Nadia. Walaupun segmen Nasional 5-8 menyasarkan

Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan secara maya

Image
  Dalam usaha menyemarakkan pembudayaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM, RTM Negeri-negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Johan Johan Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung selama 5 hari berturut-turut mulai 22 hingga 26 Oktober 2021 secara maya. Disiarkan di TV1 pada 22, 24 dan 25 Oktober 2021 manakala di saluran TV Okey pada 23 dan 26 Oktober 2021, 9.00 hingga 10.30 malam. Majlis ini merupakan alternatif kepada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1442 H/ 2021 yang telah ditangguhkan ke tahun akan datang berikutan situasi semasa peningkatan kes jangkitan COVID-19. Majlis yang berlangsung di Studio Utama Yusoff, dan Studio Mini AlQasas di Kompleks Islam Putrajaya dan 10 Studio RTM Negeri di seluruh negara. Penganjuran majlis ini dirasmikan pembukaannya oleh YB Senator Tn Hj Id

Program Menarik dan Istimewa KLfm Rentak Interaktif Kota Sempena Aidilfitri 2021

Image
Entry pada kali ini, perkongsian tentang program yang bakal ke udara Aidilfitri ini di saluran radio RTM, KLfm-Rentak Interaktif Kota (97.2). Warga kerja radio sudah bertungkus lumus dari awal lagi meyediakan program istimewa dan menarik ini bagi meraikan dan menghiburkan pendengar setia KLfm sempena hari raya. Lapan program termasuklah bual bicara, nyanyian live artis terkenal, drama muzikal, dan permintaan lagu pendengar dibawakan bermula raya pertama hingga raya keempat khas untuk pendengar setia stesen pilihan warga kota ini. “Al-Zikra Istimewa Aidilfitri” (13 hingga 15 Mei ini, pukul 6.30 pagi) Menampilkan barisan pendakwah terkemuka iaitu Ustaz Muhadir Hj Joll, Ustaz Wan Shohor Bani Leman dan Ustazah Nurul Hidayah. Berkongsi mengenai adab dalam Islam sirah Rasulullah SAW dan perkara-perkara sunat ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri. “Diari Raya Mualaf” (13 hingga 15 Mei ini, pukul 11.10 pagi) Memaparkan kisah perjalanan seorang mualaf yang baru mengenali Islam dan melalui peng

Anugerah Nasyid Malaysia 2020 di TV1

Image
  Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) merupakan acara bersejarah malam pengiktirafan dan penghormatan tertinggi bagi penggiat industri nasyid  oleh Munsyid Malaysia. Radio Televisyen Malaysia (RTM) dipilih sebagai penyiar rasmi.  Buat julung kalinya anugerah nasyid dapat disampaikan penuh berprestij dengan penglibatan dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Juga turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pusat Pengutan Zakat – (MAIWP) sebagai rakan strategik ANAM 2020. Kategori Pertandingan Lagu Nasyid Terbaik Lirik Nasyid Terbaik Susunan Muzik Nasyid Terbaik Vokal Nasyid Terbaik  Rakaman Lagu Nasyid Terbaik Video Muzik Nasyid Terbaik Artis Nasyid Pilihan Artis Nasyid Baru Pilihan  Artis Nasyid Nusantara Pilihan Anugerah Khas Anugerah Kembara Anugerah Khalifah

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE