Sinopsis Filem Klasik Haathi Mere Saathi
SINOPSIS FILEM KLASIK HAATHI MERE SAATHI Filem arahan M. A. Thirumugam ini menonjolkan kasih sayang seorang lelaki terhadap beberapa ekor gajah yang dibela olehnya sejak kecil dan bagaimana dia menghadapi beberapa halangan dan masalah untuk memeliharanya. Imbas kembali kisah seorang lelaki bernama Raju dan empat ekor gajah yang menjadi temannya. Raju sangat menyayangi empat ekor gajah yang menyelamatkan dia dari serangan seekor harimau kumbang semasa dia kecil. Selepas berkahwin, isteri Raju yang bernama Tanu, tidak suka pada binatang-binatang itu dengan alasan bahawa suatu hari nanti anak mereka akan dibunuh oleh salah satu daripada gajah tersebut. Oleh kerana itu, beliau memaksa suaminya membuat pilihan di antara gajah ataupun keluarga mereka. Apabila Raju enggan membuat keputusan, isteri Raju meninggalkan beliau dan duduk bersama bapanya. Seterusnya, Ramu, gajah kesayangan Raja, pergi memujuk Tanu untuk kembali ke rumah suaminya dan dalam pada itu dia juga be