Posts

Showing posts with the label Inspirasi

DJ ALIFF DALAM SEGMEN NASIONAL 5-8 DI NASIONAL FM

Image
  Entry kali ini berkisar tentang seorang figura yang dikenali dalam dunia penyiaran. Semestinya nama DJ Aliff   atau Aliff Al-farabby Bin A.Rahim sudah tidak asing lagi bagi pendengar setia Nasional FM. Penyampai radio berkaliber dan berpengalaman ini sudah berkhidmat selama 9 tahun di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum ini, Dj Aliff pernah bertugas di Galaksi Muzik dan Muzik FM Online selama 4 tahun. Pengalaman dan minat yang mendalam sebagai Penyampai Radio, membuatkan Aliff tidak kekok untuk muncul dalam pelbagai segmen di Nasional FM iaitu segmen GBH (Geng Burung Hantu) 12 tengah malam sehingga 6 pagi, Nasional 6 petang hingga 12 tengah malam dan terkini Dj Aliff mengendalikan segmen Nasional 5-8 di Nasional FM yang ke udara   setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 5 petang hingga 8 malam. Aliff tidak keseorangan mengendalikan segmen ini. Beliau bergandingan bersama rakan penyampai Ranie. Turut sama dibantu oleh Qhaliff dan Nadia. Walaupun segmen Nasional 5-8 menyasarkan

BEST...Keep on walking

Image
Assalamualaikum…. Tak mudah untuk membuat keputusan dalam hidup jika kita ada banyak pilihan.Tak mudah untuk kita bangkit andai kita jatuh.Tak mudah untuk kita hadapi saat sukar jika kita bersendirian.Tak mudah untuk  kita telan bulat-bulat setiap sindiran dan hinaan.Okay..wait.Jangan diulangi lagi perkataan tak mudah tu..Memanglah berkata-kata tu senang dan melaksanakan apa yang diucapkan tu bukannya mudah.Senang ja kita berkata itu dan ini kepada orang lain.Jika kita tidak berada di tempat mereka, kita takkan fahami.Kan kan…. Macam mana nak hadapi semua ni.Okay lien nak kongsikan tip BEST ni: 1. B erani, berdisiplin dan berprinsip 2. E mosi Terkawal Paling penting kita harus memastikan emosi kita berada dalam situasi yang tenang.  Emosi yang tidak terkawal akan mengundang bahana dan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.  3. S abar Sabar ja lah.Tu jalah boleh cakap.Kesabaran tu pun datang dari dalam diri kita. 4. T empuh You have to do w

KG Gurl Maxi Skirt by MEk Jangok Enterprise

Image
Assalamualaikum.. Kali ni lien nak ajak korang sume berjangok dengan KG Gurl Maxi Skirt. Berinspirasikan gaya kesopanan kampung girl yang hanya memakai batik sarung dan pelikat hanya bila berada di rumah ketika masak kat dapur, kemas rumah, dan ketika berpantang 44 hari saja. Kembar lien mengetengahkan idea ni supaya tak kira kampung gurl atau bandar gurl boleh bergaya dengan batik sarung dan pelikat ni.Senang digayakan,hanya sarung saja. Boleh bergaya dengan KG gurl Maxi skirt di mana sahaja. RM50 Only!! Limited Time!! (Original Price RM55) P/S: bagi yang order melalui website boleh whatsapp 019-2059627 untuk dapatkan code harga tawaran di atas Like Page:  MEK Jangok Enterprise Website :  www,mekjangok.com Follow IG:  mekjangok.enterprise Terima kasih sudi baca entry ni tau

Diari Amsyar : Dah boleh berdiri dan bertatih

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Amsyar dah boleh berdiri dan sudah boleh bertatih dua tiga langkah.Syukur Alhamdulillah. Dari saat mengandung dan melahirkan amsyar sehinggalah amsyar sudah boleh berdiri saat ini, rasa seperti melihat keajaiban ciptaan Tuhan setiap hari.  Aksi amsyar yang sempat dirakamkan ketika lien dan hubby berada di acara 2morrow muslimah fashion show minggu lepas.Nanti lien update gambar-gambar acara fashion show yang sempat kami rakamkan tu plak yer. Terima kasih sudi baca entry ni.Tata.

Eye to Eye

Image
Satu perkara yang saya belajar dari kecil iaitu pentingnya 'Eye to eye'. Ingat tak lirik lagu ni 'Dari Kerana Mata - R Azmi'?? Dari kerana mata yang mempunyai kuasa Oh,aku tergoda aku tergoda... Amboi..siap nyanyi-nyanyi lagi korang kan. hehe..Okay stop kejap.Pasni sambung nyanyi lagi.Okay mek jangok nak membebel kejap ni. Saya suka melihat seorang orang yang dewasa bila berbicara dengan kanak-kanak atau bayi, dia merendahkan diri atau mendukung iaitu dalam erti kata lain duduk sama tinggi dengan kanak-kanak dan memandang wajah dan juga anak mata. Sebagai orang dewasa yang pernah melalui zaman kanak-kanak kita tau macam mana perasaan tu kan.Sudah pastinya kita akan rasa sangat dekat dan rasa disayangi.Sebab kita rasa orang dewasa itu tidak sombong,penyayang dan penyabar. Percaya tak hati yang keras pun boleh menjadi lentur dengan 'Eye to Eye'. So kita boleh jadi seorang yang sangat dihormati oleh kanak-kanak kalau kita mengekalkan konsep &

Tugas Suami dan tugas seorang Isteri

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Nak share artikel kat bawah ni dengan korang.Nak thanks kat daddy jugak sebab banyak meringankan tugas lien sebagai seorang isteri dan mummy.  Okay..jom baca dan praktikkan #copy paste JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yg Nabi AJAR. Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtangga TUAN HJ HUSSIM, sah abat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya... Katanya," Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri sy kata, "abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok"...kita sama2 kerja. "Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas... Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar,

Cara Kekal Slim Selepas Bersalin

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hai uols..dah lama rasanya tak update belog ni.Hidup skg ada munge-munge gitu.Eh eh nak taip yang mana satu dulu la ni.Rasa macam banyaknye nak cite kat uols Pic kat bawah ni masa preggy tahun lepas.Berat pada awal kehamilan ialah 44kg.Dan berat terakhir sebelum melahirkan bayi ialah 68kg. Masa ni kandungan berusia 8 bulan lebih Syukur kepada Tuhan, pada 28.12.13 lien selamat melahirkan bayi dan jadi mummy tuk cahaya mata yang pertama.My baby lahir awal 10 hari dari tarikh yang dijangka secara czer.Macam tak percaya ja.Tepuk dahi sket.hehe.Secara tak langsung, keluarga hubby dapat cucu pertama dan ma dan ayoh bulih cucu ke 14. Lien berterima kasih yang amat ko ma kerana menjaga dan memberi tunjuk ajar kepada  lien sepanjang tempoh berpantang. Terima kasih juga kepada keluarga mentua yang datang ke rumah kami tuk lihat cucu pertama mereka dengan macam-macam hadiah.Special thanks tuk hubby la. Ni lah baby lien .Nama dia Aqil A

Semangat inspirasi

Image
Jangan pernah berputus asa dengan hidup.Setiap orang ada matlamat hidup masing-masing.Walaupun kadang kala kita menemui jalan buntu dalam perjalanan hidup, jangan sesekali biarkan langkah kita terhenti.Ketabahan dan kekuatan  sangat perlu. Kejayaan insan-insan tertentu boleh kita jadikan sumber inspirasi.Bukan hanya memandang sepi. Bersandarkan kudrat dan minda yang jitu yang tak pernah ampuh.  Semangat inspirasi :  Matlamat penerjun ini sudah tentulah ingin mendarat dengan jayanya.Penerjun ini perlu mempraktikkan apa yang telah dipelajari, tak boleh gentar dan harus memiliki minda yang fokus. Lihatlah.Akhirnya penerjun ini berjaya mendarat.

Mata seorang satria muda

Peristiwa ini dah lama terjadi kira-kira 2 tahun lepas kepada seorang insan yang sangat aku kasihi.Insan yang sentiasa muncul di benak fikiranku setiap kali aku memandu kereta atau pun apa jua yang aku lakukan. Tatkala aku sedang enak menikmati  nasi minyak kenduri sahabat di Klang hati berdebar-debar  entah kenape.Debaran aku akhirnya terjawab bila aku dapat sms mengkhabarkan insan yang sangat aku kasihi itu kritikal di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.Beliau kemalangan ketika menaiki kereta yang dipandu oleh rakan beliau ketika dalam perjalanan menghadiri kursus ketenteraan di Kedah. Perjalanan daripada KL ke Alor Setar memakan masa 4 jam.Sebaik  sampai di hospital, beliau masih lagi dalam bilik pembedahan.Cuma kelihatan jurulatih iaitu orang yang bertanggungjawab membawa beliau ke hospital sedang nyenyak tidur kepenatan sementara menunggu ahli keluarga terdekat sampai. Apa yang tertera dalam benak,jantung , hati dan segala organ-organ badan aku ni tak payah nak cakap

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE