Posts

Showing posts with the label Corat Coret

Kekal langsing dengan jus lemon detox

Image
Entry kali ini lien kongsikan resepi jus lemon detox yang lien amalkan untuk kekal sihat dan langsing serta membantu atasi masalah perut buncit. Jemput baca entry sebelum ini  Kaedah selamat pengurangan berat badan RESEPI JUS LEMON 1 biji Lemon 1 biji limau nipis (dipotong dua) 1 Inci Halia 1 batang Serai (diketuk) 2 ulas bawang putih (diketuk) 1 kuntum Bunga Cengkih Potong lemon kepada dua bahagian dan perah jus lemon ke dalam cawan dan ketepikan. Rebus air bersama semua bahan tadi kecuali jus lemon. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan seketika. Kemudian campurkan jus lemon bersama air rebusan. Masukkan dalam botol kaca. Simpan dalam peti sejuk. Boleh diminum pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Untuk kekal sihat dan langsing, Lien juga menjaga pemakanan dan rajin bersenam. Semoga artikel ini bermanfaat untuk kalian.  Ikuti saya di semua platform media sosial di bawah:       

Dokumentari Khas Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa “Kalam Di Hati” di TV1

Image
Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA), Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah dokumentari khas bertajuk “Kalam Di Hati” pada 6 Mei ini, pukul 6.00 petang. Dokumentari khas terbitan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ini akan mengupas tentang sejarah ringkas penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang julung kalinya dianjurkan di Malaysia serta negara-negara pertama yang menghantar peserta untuk mewakili negara masing-masing. Turut merungkai peranan JAKIM dalam penganjuran MTQA yang menyokong usaha kerajaan untuk mendaulatkan ilmu Al-Quran kepada seluruh umat di persada dunia. Natijah daripada penganjuran MTQA di Malaysia telah melahirkan ramai qari dan qariah yang berjuang untuk memartabatkan ilmu seni Al-Quran bukan sahaja untuk diri sendiri malah kepada masyarakat Islam di Malaysia. Menariknya dokumentari khas ini memaparkan latar belakang seorang qari yang menjuarai pertandingan MTQA pada tahun 2011 serta aktiviti

Pemenang Bintang RTM 2018 Peringkat Akhir

Image
Bintang RTM 2018 telah pun melabuhkan tirainya. Siapakah juara yang Bintang RTM 2018?  Hariz Juara Bintang RTM 2018 Nampaknya Bintang Hariz telah bersinar pada malam Konsert Akhir Bintang RTM 2018 dan telah dinobatkan sebagai juara. Pada pusingan pertama Hariz berduet bersama Mel vokalis band Sakura  secara battle dan mash up dengan lagunya Fantasy vs Polaroid. Pada pusingan kedua Hariz menyampaikan lagu baru ciptaan Manusia Putih bertajuk Yang Terbaik .  Persembahan secara keseluruhan dan vokal Hariz telah berjaya memikat hati juri. Hariz dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 2018. Hariz juga memenangi kategori vokal terbaik pada malam tersebut. Hariz membawa pulang hadiah tempat  pertama berupa wang tunai bernilai RM 20,000 berserta trofi dan RM 5000 untuk vokal terbaik. Naib Juara disandang oleh Heidi membawa pulang hadiah bernilai RM15,000 berserta trofi. Heidi berduet bersama Arul Sevendays menyampaikan lagu Akad vs Memori. Pada pusingan kedua, Heidi menyampaikan

Sekitar Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018

Image
Enam peserta berjaya mara ke peringkat separuh akhir Bintang RTM 2018. Barisan peserta Konsert Separuh Akhir adalah Hafiz Zainal, Hariz, Yasser, Heidi, Anna dan Ferona. Mereka berentap untuk menempah tiket ke peringkat akhir. Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri disiarkan secara langsung di TV2. Penyanyi hebat Nora telah membuat persembahan pembukaan untuk Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018. Semua peserta yang bertanding membuat persembahan dengan menyampaikan lagu daripada cabaran peminat dan cabaran juri.  Pusingan pertama (Cabaran Peminat) : Hafiz Zainal - I Won't Give Up Heidi - Makhluk Tuhan Paling Seksi Anna - Akhirnya Kini Pasti Hariz - Chandelier Ferona - Never Loved A Man Yasser - Kasihnya Ibu Pusingan Kedua (Cabaran Juri) : Hafiz Zainal - How Long Heidi - Rolling In The Deep Anna - Terlalu Istimewa Hariz - When I Was Your Man Ferona - Penglipur Lara Yasser - Roman

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

Image
Pengikut program Bintang RTM semestinya tak sabar menunggu minggu pertama konsert bintang RTM 2018. Saksikan Bintang RTM 2018 yang akan bermula pada 27 Januari 2018, Sabtu ini pukul 8.30 malam di TV2. Jom kenali 16 peserta yang akan berentap dengan lebih dekat. YASSER Nama penuh: Muhammad Yasser bin Sharifudin (Yasser) Asal : Kuala Lumpur Hobi: Menyanyi dan mengusik orang IG: Yasser_bintangrtm2018 DEE Nama penuh:  Siti Nur Nadia binti Mohd Rozi (Dee) Asal: Melaka Hobi: Memasak IG : deebintangrtm2018 HARIZ Nama penuh:  Fadhli Hariz bin Fayahet (Hariz) Asal: Johor Hobi: Menyanyi,Menonton rancangan realiti Nyanyian,  Membeli-belah IG :  hariz.bintangrtm2018 YUVEENA Nama penuh:  Yuveena A/P Gunainthran (Yuveena) Asal: Kedah Hobi: Menyanyi, Menari, Bermain Gitar IG : yuveenabintangrtm2018 RUSIL Nama penuh: Sharifah Rusilmu Imani binti Syed Hussain (Rusil) Asal: Kuala Lumpur Hobi: Menyanyi / Membaca Novel IG: rusilbintangrtm2018 EYKA

VIDEO - LYRIC BY DALIN LIENDA