Posts

Showing posts with the label Filem

Sinopsis Filem Klasik Haathi Mere Saathi

Image
SINOPSIS FILEM KLASIK HAATHI MERE SAATHI Filem arahan M. A. Thirumugam ini menonjolkan kasih sayang seorang lelaki terhadap beberapa ekor gajah yang dibela olehnya sejak kecil dan bagaimana dia menghadapi beberapa halangan dan masalah untuk memeliharanya. Imbas kembali kisah seorang lelaki bernama Raju dan empat ekor gajah yang menjadi temannya. Raju sangat menyayangi empat ekor gajah yang menyelamatkan dia dari serangan seekor harimau kumbang semasa dia kecil. Selepas berkahwin, isteri Raju yang bernama Tanu, tidak suka pada binatang-binatang itu dengan alasan bahawa suatu hari nanti anak mereka akan dibunuh oleh salah satu daripada gajah tersebut. Oleh kerana itu, beliau memaksa suaminya membuat pilihan di antara gajah ataupun keluarga mereka. Apabila Raju enggan membuat keputusan, isteri Raju meninggalkan beliau dan duduk bersama bapanya. Seterusnya, Ramu, gajah kesayangan Raja, pergi memujuk Tanu untuk kembali ke rumah suaminya dan dalam pada itu dia juga be

Sinopsis Filem "Assalamualaikum Beijing'

Image
SINOPSIS ASSALAMUALAIKUM BEIJING Mengisahkan tentang Asmara (Revalina S. Temat) yang hatinya begitu hancur ketika dia mengetahui calon suaminya, Dewa (Ibnu Jamil) curang dengan teman sepejabatnya, Anita (Cynthia Ramlan) sehari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung. Namun hakikatnya lebih parah lagi apabila Asma mengetahui hasil   daripada hubungan terlarang itu, Anita hamil di luar nikah. Ketika itu Dewa begitu menyesal dan secara berterusan memohon maaf kepada Asma. Dia bersungguh-sungguh mahu meneruskan pernikahannya dengan Asma. Namun hakikatnya hati Asma sudah terluka dan tidak mungkin untuk sembuh lagi. Pada masa sama untuk menghilangkan kesedihannya, Asma pun menerima tawaran pekerjaan di Beijing yang diperolehnya dari bantuan rakannya iaitu Sekar (Laudya Cynthia Bella) dan suaminya Ridwan (Deddy Mahendra Desta). Mereka membantu Asma yang berbakat dalam bidang penulisan mendapatkan tawaran bekerja di Beijing sebagai penulis kolum yang khusus mengulas tent

Sinopsis Labu dan Labi

Image
Slot Teater Legenda kali ini membawakan sebuah lagi filem hebat arahan Allyarham Tan Sri P. Ramlee bertajuk “Labu dan Labi” , akan  bersiaran pada 2 April 2018 , pukul 9.30 malam , di TV2. Saksikan gandingan lucu P. Ramlee dan Mohd. Zain sebagai Labu dan Labi, orang gaji kepada Haji Bakhil, seorang tua yang sangat kedekut. Isterinya yang penyabar dan setia serta anak perempuan mereka yang cantik, Manisah, melengkapkan sebuah keluarga yang hidup harmoni. Kedua-dua Labu dan Labi sering dimarahi, dimaki dan dipaksa melakukan hukuman kanak-kanak iaitu  ketuk-ketampi  oleh Haji Bakhil tetapi tetap bertahan untuk bekerja dengannya kerana masing-masing dalam diam menaruh hati kepada Manisah. Satu malam apabila mereka berdua hendak tidur di beranda rumah Haji Bakhil, seperti biasa mereka berdua memulakan cerita tentang angan-angan masing-masing. Cerita angan-angan mereka bermula di sebuah kelab malam. Labi berangan yang dia adalah majistret yang ingin ke kelab malam untuk berju

JRevolusi Filem Wajib Tonton 2017 bermula 2 Mac 2017 di Pawagam

Image
Assalamualaikum..  Filem aksi terbaru JRevolusi memaparkan kehidupan anggota unit tindakan khas.Sebuah filem terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Production.JRevolusi bakal menggegarkan pawagam bermula 2 Mac 2017. FILEM WAJIB TONTON 2017  FILEM AKSI TERBAIK   JRevolusi adalah sebuah filem tempatan yang setaraf filem hollywood.Filem aksi berunsur kekeluargaan,nilai persahabatan, perjuangan dan di selit sedikit dengan percintaan. PENGARAH TERBAIK Pengarah filem hebat ini adalah Zulkarnain Azhar. BARISAN PELAKON HEBAT DAN MANTAP   Dengan gabungan penampilan unit tindakan khas dan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Izara Aishah, Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra serta penampilan khas dato' Hans Isaac membuatkan penonton tak mahu berganjak dari kerusi dan tak kering gusi dengan lawak jenaka yang bersahaja.Masing-masing membawakan peranan yang sangat penting.Terutama kelainan yang dilakonkan oleh Izara Aisyah yang belum pernah ditonton dalam

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE