Posts

Showing posts with the label Coret

Enam Finalis Bintang RTM 2018 Peringkat Akhir

Image
Majlis Sidang Media Bintang RTM 2018 Akhir telah berlangsung pada 2 April 2018 di D'Arina Skyview Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Kumpur. Sidang Media diadakan bertujuan untuk memperkenalkan secara rasmi finalis yang berjaya ke pringkat akhir, konsep serta tema yang akan dibawa pada pentas akhir dan tempat konsert akhir. Majlis ini juga turut memberi lebih banyak ruang lagi kepada finalis, media, blogger dan jemputan yang hadir untuk beramah mesra dan mengenali finalis dengan lebih dekat lagi. Majlis ini diacarakan oleh pengacara DjSonic. Untuk pengetahuan, kemuncak Bintang RTM 2018 yang bakal berlangsung pada 7 April 2018 di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam akan disiarkan secara langsung di TV2. Enam peserta yang layak ke peringkat akhir adalah Ferona, Heidi, Hariz, Hafiz, Yasser dan Anna. Pada pentas akhir Bintang RTM 2018 ini, peserta akan bersaing dalam tiga pusingan

VIDEO