STESEN RADIO MUZIKFM BERWAJAH BARU KEMBALI BERSAMA PENDENGAR


Adakah anda salah seorang pendengar stesen radio muzikfm sebelum ini? Menariknya entry kali ini berkisar tentang stesen radio muzikfm. Stesen radio muzikfm yang berwajah baru yang terkenal dengan tagline stesen muzik anda telah dilancarkan semula pada 13 Februari 2024 di Tanjung Piai sempena sambutan hari radio sedunia dengan nama MUZIKfm RTM.

Antara segmen di MUZIKfm RTM iaitu Rilex @ muzikfm (6am-12pm), Chill @ muzikfm (12pm-6pm), Santai @ muzikfm (6pm-12am), Night therapy @ muzikfm (12am-6am). Terdapat juga segmen permintaan lagu iaitu segmen 'Layan muzikfm' di mana slot ini lagu-lagu yang disiarkan adalah berdasarkan permintaan pendengar pada setiap Sabtu jam 9 malam hingga 11 malam. Permintaan lagu boleh dibuat di media sosial MUZIKfm RTM  iaitu facebook, instagram atau email di muzikfm@rtm.gov.my.

Penyampai radio MUZIKfm RTM adalah DJ Aliff Al-farabby dan DJ Azwan. MUZIKfm RTM juga memperkenalkan penyampai radio AI dikenali sebagai DJ AiRa. DJ Aliff yang sebelum ini pernah berkhidmat di stesen radio muzikfm dari tahun 2012 hingga 2018 meluahkan rasa gembira dengan pelancaran semula stesen tersebut dan tidak ragu-ragu malah teruja untuk kembali berkhidmat di stesen radio tersebut.

MUZIKfm RTM memulakan siaran percubaan pada 25 Januari 2024. Kini MUZIKfm RTM telah bersiaran dengan rasminya bersama penyampai radio pada 2 Mac 2024 secara digital di muzikfm.rtm.gov.my. Juga boleh diikuti melalui RTM klik.

Terima kasih sudi membaca entry ini. Silakan berkongsi artikel ini jika bermanfaat.


Comments

Windetta said…
Thank you for your informative and well-crafted post. It made a difference!

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE