Posts

Showing posts with the label Bintang RTM 2018 Meneruskan Legasi Pencarian Bintang dalam Seni Suara

Bintang RTM 2018 Meneruskan Legasi Pencarian Bintang dalam Seni Suara

Image
Malaysian Book of Records menamakan program ini sebagai pertandingan  nyanyian paling lama bertahan dalam industri muzik Malaysia. Legasi pencarian bintang dalam seni suara diteruskan dengan penganjuran Bintang RTM 2018. Bintang RTM merupakan sebuah program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas bagi mencungkil bakat-bakat peserta dalam bidang nyanyian. RTM telah melahirkan ramai nama-nama besar di  dalam industri seni hiburan seperti Dahlan Zainuddin, Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad, Yunizar Hussein, Dato' Jamal Abdillah, Najib Haniff, Rohana Jalil, Juliza Adlizan, Safar Ghafar, Raisuddin Hamzah, Ramlah Ram, Jamilul Hayat, Noraniza Idris, Azian Mazwan Safuan dan Ayai Ilusi.  Sidang media Bintang RTM 2018 telah berlangsung pada 25 Januari 2018 yang diacarakan oleh DJ Sonic bertempat di The Straits , VE Hotel bagi memperkenalkan 16 peserta terbaik yang dipilih hasil dari ujibakat yang telah diadakan di 6 zon. Juga turut mengumumkan barisan tenaga pengaja

VIDEO