Sinopsis Filem "Assalamualaikum Beijing'
SINOPSIS ASSALAMUALAIKUM BEIJING Mengisahkan tentang Asmara (Revalina S. Temat) yang hatinya begitu hancur ketika dia mengetahui calon suaminya, Dewa (Ibnu Jamil) curang dengan teman sepejabatnya, Anita (Cynthia Ramlan) sehari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung. Namun hakikatnya lebih parah lagi apabila Asma mengetahui hasil daripada hubungan terlarang itu, Anita hamil di luar nikah. Ketika itu Dewa begitu menyesal dan secara berterusan memohon maaf kepada Asma. Dia bersungguh-sungguh mahu meneruskan pernikahannya dengan Asma. Namun hakikatnya hati Asma sudah terluka dan tidak mungkin untuk sembuh lagi. Pada masa sama untuk menghilangkan kesedihannya, Asma pun menerima tawaran pekerjaan di Beijing yang diperolehnya dari bantuan rakannya iaitu Sekar (Laudya Cynthia Bella) dan suaminya Ridwan (Deddy Mahendra Desta). Mereka membantu Asma yang berbakat dalam bidang penulisan mendapatkan tawaran bekerja di Beijing sebagai penulis kolum yang khusus mengulas tent