Posts

Showing posts from May, 2018

SINOPSIS DRAMA ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

Image
"Isteri untuk Diiktiraf" , drama yang berjaya mendapat tempat di hati peminat dan semakin disebut-sebut ini, menampilkan gandingan mantap pelakon Redza Rosli dan Elvina Mohamad. Drama bersiri “Isteri Untuk Diiktiraf”  adalah drama adaptasi novel karya Nurfaza Alisya ini disiarkan  setiap hari, sejak 16 Mei lalu, pukul 7.00 petang mengisi slot Widuri Khas Ramadan di TV1. Siaran ulangan  drama ini disiarkan pada pukul 5 pagi. Perkahwinan bukan atas dasar cinta tapi atas kehendak keluarga memerlukan pengorbanan untuk berjaya.  Drama ini  mengisahkan Safiyya menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jala raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja. Kali terakhir Safiyya bekerja di hotel tapi p

Dokumentari "The Road to Russia" di TV1

Image
Bahang kehangatan Piala Dunia 2018 semakin dirasai. Bagi kaki-kaki bola pastinya tidak sabar untuk menyaksikan aksi pasukan kegemaran mereka merebut kejohanan yang diadakan lima tahun sekali ini. Rusia merupakan tuan rumah untuk Kejohanan Piala Dunia 2018 ini dan bakal membuka tirai bermula 14 Jun 2018. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah pun memulakan demam Piala Dunia dengan menyajikan sebuah dokumetari bertajuk “The Road To Russia” yang sedang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis , pukul 1.30 tengah hari di saluran TV1 . Siri dokumentari 20 episod ini memberi tumpuan kepada persediaan pasukan yang bertanding, cabaran kepada jurulatih dan pemain-pemain utama pasukan berkenaan serta persediaan tuan rumah dalam penganjuran acara yang gilang gemilang ini. Episod pengenalan memfokuskan kepada beberapa buah negara yang sering memberi saingan sengit dalam kejohanan ini. Memaparkan pemain tonggak pasukan Sepanyol (Sergio Ramos), Belgium (Romelo Lukaku), Nigeria

Dokumentari Khas Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa “Kalam Di Hati” di TV1

Image
Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA), Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah dokumentari khas bertajuk “Kalam Di Hati” pada 6 Mei ini, pukul 6.00 petang. Dokumentari khas terbitan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ini akan mengupas tentang sejarah ringkas penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang julung kalinya dianjurkan di Malaysia serta negara-negara pertama yang menghantar peserta untuk mewakili negara masing-masing. Turut merungkai peranan JAKIM dalam penganjuran MTQA yang menyokong usaha kerajaan untuk mendaulatkan ilmu Al-Quran kepada seluruh umat di persada dunia. Natijah daripada penganjuran MTQA di Malaysia telah melahirkan ramai qari dan qariah yang berjuang untuk memartabatkan ilmu seni Al-Quran bukan sahaja untuk diri sendiri malah kepada masyarakat Islam di Malaysia. Menariknya dokumentari khas ini memaparkan latar belakang seorang qari yang menjuarai pertandingan MTQA pada tahun 2011 serta aktiviti

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE