Posts

Showing posts with the label Acara

Anugerah Nasyid Malaysia 2020 di TV1

Image
  Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) merupakan acara bersejarah malam pengiktirafan dan penghormatan tertinggi bagi penggiat industri nasyid  oleh Munsyid Malaysia. Radio Televisyen Malaysia (RTM) dipilih sebagai penyiar rasmi.  Buat julung kalinya anugerah nasyid dapat disampaikan penuh berprestij dengan penglibatan dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Juga turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pusat Pengutan Zakat – (MAIWP) sebagai rakan strategik ANAM 2020. Kategori Pertandingan Lagu Nasyid Terbaik Lirik Nasyid Terbaik Susunan Muzik Nasyid Terbaik Vokal Nasyid Terbaik  Rakaman Lagu Nasyid Terbaik Video Muzik Nasyid Terbaik Artis Nasyid Pilihan Artis Nasyid Baru Pilihan  Artis Nasyid Nusantara Pilihan Anugerah Khas Anugerah Kembara Anugerah Khalifah

"Gitar dalam Beg" di TV1 : Kembara Solo Komposer Jejak Muzik di Asia Tenggara

Image
Travelog kembara solo seorang komposer ke 13 buah bandar di Asia Tenggara menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sudah  bersiaran sejak 18 November 2018 lalu, setiap Ahad, pukul 1.30 petang di TV1. Menampilkan Syafi’i daripada Kumpulan Ramayan sebagai hos rancangan, 13 program  diberi nama “Gitar Dalam Beg” ini menonjolkan perkongsian cukup indah tentang kejayaan individu yang berjaya mengangkat artis popular seperti Sheila On 7 dan Rossa juga faktor-faktor yang membantu kejayaan seseorang artis dalam industri muzik. Menariknya kembara Syafi’i singgah di bandar-bandar di Asia Tenggara termasuklah Indonesia, Thailand, dan Cambodia menonton persembahan muzik dengan elemen tradisional negara yang dikunjungi serta persembahan yang terkenal dengan penggunaan pelbagai jenis alat muzik. Destinasi pertama dikunjungi ialah Jakarta, Indonesia bertemu dengan Faqeeh, seorang jurutera bunyi dalam industri muzik menuju ke Gudang Sarinah, (tempat pembelajaran berka

Konsert “Sayang Malaysia”, 31 Ogos 2018

Image
Sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-61 tahun ini, disemarakkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan “Konsert Sayang Malaysia” pada 31 Ogos ini, pukul 8.30 malam disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1. Penganjuran konsert yang bermatlamat meraikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya ini secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat pelbagai bangsa. Dengan tema sambutan Hari Merdeka bagi tahun ini ‘Sayangilah Malaysiaku’, konsert diterbitkan Sarena Mohd Salleh, Unit Hiburan TV RTM menampilkan barisan artis Akim & Majistret, Projector Band, Azlan & Typewriter, Fuying & Sam, Dato’ David Arumugam, Bumiputra Rokers dan Bunkface. Penonton konsert dihidangkan dengan persembahan kumpulan Bunkface menyanyikan lagu tema Merdeka bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’ dan lagu popular mereka yang lain seperti ‘Malam Ini Kita Punya’, medley ‘Revolusi’ dan ‘Situasi’ juga ‘Rentak Laguku’.  Menampilkan gandingan pengacara Jeed Zulkifli dan

Dokumentari "The Road to Russia" di TV1

Image
Bahang kehangatan Piala Dunia 2018 semakin dirasai. Bagi kaki-kaki bola pastinya tidak sabar untuk menyaksikan aksi pasukan kegemaran mereka merebut kejohanan yang diadakan lima tahun sekali ini. Rusia merupakan tuan rumah untuk Kejohanan Piala Dunia 2018 ini dan bakal membuka tirai bermula 14 Jun 2018. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah pun memulakan demam Piala Dunia dengan menyajikan sebuah dokumetari bertajuk “The Road To Russia” yang sedang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis , pukul 1.30 tengah hari di saluran TV1 . Siri dokumentari 20 episod ini memberi tumpuan kepada persediaan pasukan yang bertanding, cabaran kepada jurulatih dan pemain-pemain utama pasukan berkenaan serta persediaan tuan rumah dalam penganjuran acara yang gilang gemilang ini. Episod pengenalan memfokuskan kepada beberapa buah negara yang sering memberi saingan sengit dalam kejohanan ini. Memaparkan pemain tonggak pasukan Sepanyol (Sergio Ramos), Belgium (Romelo Lukaku), Nigeria

Pemenang Bintang RTM 2018 Peringkat Akhir

Image
Bintang RTM 2018 telah pun melabuhkan tirainya. Siapakah juara yang Bintang RTM 2018?  Hariz Juara Bintang RTM 2018 Nampaknya Bintang Hariz telah bersinar pada malam Konsert Akhir Bintang RTM 2018 dan telah dinobatkan sebagai juara. Pada pusingan pertama Hariz berduet bersama Mel vokalis band Sakura  secara battle dan mash up dengan lagunya Fantasy vs Polaroid. Pada pusingan kedua Hariz menyampaikan lagu baru ciptaan Manusia Putih bertajuk Yang Terbaik .  Persembahan secara keseluruhan dan vokal Hariz telah berjaya memikat hati juri. Hariz dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 2018. Hariz juga memenangi kategori vokal terbaik pada malam tersebut. Hariz membawa pulang hadiah tempat  pertama berupa wang tunai bernilai RM 20,000 berserta trofi dan RM 5000 untuk vokal terbaik. Naib Juara disandang oleh Heidi membawa pulang hadiah bernilai RM15,000 berserta trofi. Heidi berduet bersama Arul Sevendays menyampaikan lagu Akad vs Memori. Pada pusingan kedua, Heidi menyampaikan

Sekitar Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018

Image
Enam peserta berjaya mara ke peringkat separuh akhir Bintang RTM 2018. Barisan peserta Konsert Separuh Akhir adalah Hafiz Zainal, Hariz, Yasser, Heidi, Anna dan Ferona. Mereka berentap untuk menempah tiket ke peringkat akhir. Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri disiarkan secara langsung di TV2. Penyanyi hebat Nora telah membuat persembahan pembukaan untuk Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018. Semua peserta yang bertanding membuat persembahan dengan menyampaikan lagu daripada cabaran peminat dan cabaran juri.  Pusingan pertama (Cabaran Peminat) : Hafiz Zainal - I Won't Give Up Heidi - Makhluk Tuhan Paling Seksi Anna - Akhirnya Kini Pasti Hariz - Chandelier Ferona - Never Loved A Man Yasser - Kasihnya Ibu Pusingan Kedua (Cabaran Juri) : Hafiz Zainal - How Long Heidi - Rolling In The Deep Anna - Terlalu Istimewa Hariz - When I Was Your Man Ferona - Penglipur Lara Yasser - Roman

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE