Konsert “Sayang Malaysia”, 31 Ogos 2018


Sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-61 tahun ini, disemarakkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan “Konsert Sayang Malaysia” pada 31 Ogos ini, pukul 8.30 malam disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1.

Penganjuran konsert yang bermatlamat meraikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya ini secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat pelbagai bangsa.

Dengan tema sambutan Hari Merdeka bagi tahun ini ‘Sayangilah Malaysiaku’, konsert diterbitkan Sarena Mohd Salleh, Unit Hiburan TV RTM menampilkan barisan artis Akim & Majistret, Projector Band, Azlan & Typewriter, Fuying & Sam, Dato’ David Arumugam, Bumiputra Rokers dan Bunkface.





Penonton konsert dihidangkan dengan persembahan kumpulan Bunkface menyanyikan lagu tema Merdeka bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’ dan lagu popular mereka yang lain seperti ‘Malam Ini Kita Punya’, medley ‘Revolusi’ dan ‘Situasi’ juga ‘Rentak Laguku’. 

Menampilkan gandingan pengacara Jeed Zulkifli dan Hafiz Zainal, lagu-lagu lain yang dijanjikan antaranya Obses, Lagu Untuk Laila, Aishah, Meskipun Kau Tahu, Saya Anak Malaysia, Gemuruh, Sampaikan Salam dan banyak lagi. Raikan Sambutan Merdeka bersama-sama RTM.

Jika tidak sempat untuk menonton di TV, juga boleh ditonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE