Seumpama Berspa Lima Bintang dengan Produk Asianic di Rumah Sendiri
Entry kali ini, lien ingin berkongsi pengalaman seumpama berspa lima bintang dengan produk asianic di rumah sendiri. Kesibukan membataskan lien untuk memanjakan diri di spa atau mana-mana pusat kecantikan secara kerap. Jadi dengan produk dari Asianic sangat membantu dan menjadi pilihan terbaik untuk mengekalkan kecantikan kulit tanpa sebarang alasan kerana sangat sesuai digunakan mengikut kesesuaian masa. Terlebih dahulu lien ingin berterima kasih kepada Dilla memperkenalkan kepada lien produk mandian Asianic. Korang jemput baca entry ni sampai habis tau. Lien ingin berkongsi lebih lagi info tentang Asianic dengan korang. Asianic adalah jenama produk bagi penjagaan diri untuk seisi keluarga. Terdapat rangkaian produk krim mandian, skrub badan dan losyen yang diinspirasikan daripada bauan susu beras (rice milk) dan bunga sakura (cherry Blossom). Lien telah mencuba set mandian ricemilk. Untuk pengetahuan, produk Asianic adalah HALAL dan mendapat kelulusan KKM. Jadi lien