Posts

Showing posts with the label Life Style

Kekal langsing dengan jus lemon detox

Image
Entry kali ini lien kongsikan resepi jus lemon detox yang lien amalkan untuk kekal sihat dan langsing serta membantu atasi masalah perut buncit. Jemput baca entry sebelum ini  Kaedah selamat pengurangan berat badan RESEPI JUS LEMON 1 biji Lemon 1 biji limau nipis (dipotong dua) 1 Inci Halia 1 batang Serai (diketuk) 2 ulas bawang putih (diketuk) 1 kuntum Bunga Cengkih Potong lemon kepada dua bahagian dan perah jus lemon ke dalam cawan dan ketepikan. Rebus air bersama semua bahan tadi kecuali jus lemon. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan seketika. Kemudian campurkan jus lemon bersama air rebusan. Masukkan dalam botol kaca. Simpan dalam peti sejuk. Boleh diminum pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Untuk kekal sihat dan langsing, Lien juga menjaga pemakanan dan rajin bersenam. Semoga artikel ini bermanfaat untuk kalian.  Ikuti saya di semua platform media sosial di bawah:       

Bicarawara Hiburan “HOTSPOT” di RTM

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program terbaharu “HOTSPOT” , bicarawara santai yang mengetengahkan isu semasa dunia hiburan tempatan dan antarabangsa di samping perkembangan terkini personaliti dan artis jemputan pada setiap minggu. Bermula pada 7 Oktober lalu, program terbitan Unit Hiburan TV RTM bersiaran secara langsung dari Studio N1, Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menemui penonton setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV Okey (Astro 109). Siaran ulangannya pula dapat diikuti mulai 20 Oktober ini, setiap Sabtu, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2. Menampilkan Fikry Ibrahim sebagai hos, 13 episod program ini akan mengupas pelbagai topik berkenaan dunia seni dan hiburan yang pastinya menarik untuk dikongsikan dengan semua penonton RTM. Terdahulu menerusi episod pengenalannya, program disiarkan setengah jam ini berkongsi dengan penonton tajuk “Lirik Rojak” yang mengundang tiga panel jemputan yang tidak asing lagi dengan bidang penulisan lir

Pencarian Bakat Bintang RTM 2018

Image
Kejayaan penganjuran Bintang RTM diterbitkan sejak 1974 ini nyata berjaya melahirkan bintang berkualiti berdasarkan penilaian profesional bukan populariti semata-mata.  Untuk pengetahuan, Bintang RTM 2018 mengekalkan sistem penjurian profesional sepenuhnya dalam pemilihan juara.  Sesi uji bakat untuk Pencarian Bakat Bintang RTM kini kembali memulakan pencarian kepada peserta berumur antara 17 tahun hingga 25 tahun.    Kilang Bateri, Johor Bahru, Johor menjadi lokasi pertama sesi uji bakat pencarian Bintang RTM 2018 bermula pada 1 hingga 3 Disember ini. Sesi uji bakat seterusnya di empat buah lokasi seluruh negara iaitu pada 2 dan 3 Disember di RTM Kuantan Pahang (Zon Timur), 9 dan 10 Disember di RTM, Kuching, Sarawak (Zon Sarawak), 9 dan 10 Disember di RTM Kota Kinabalu, Sabah (Zon Sabah) dan 16 dan 17 Disember di RTM Pulau Pinang (Zon Utara). Sesi tersebut berlangsung pada  pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang di kesemua lokasi. Antara syarat peserta uji baka

Kelebihan MAC MATTE

Image
Assalamualaikum.. Hari ni lien nak share tentang lipstik matte. Dulu lipstik matte ni bukanlah pilihan pertama lien. sebab lien ingat bila kita mempunyai masalah bibir kering lipstik dari jenis matte ni tak sesuai dengan lien. So langsung lien tak berani nak cuba.Tapi sekarang matte ni dah jadi kegilaan lien. Matte sememangnya lipstik yang memiliki formula kering ni sebenarnya lipstik yang menjadi kegilaan ramai wanita. Jom lien share satu tip. Sebelum apply lipstik dari jenis ni, korang ratakan bibir dengan foundation terlebih dahulu. Kemudian barulah apply lipstik ni.  Apakah kelebihan lipstik MAC matte? Long lasting, tekstur lembut, mudah diaplikasikan, tidak membuat bibir terasa kering dan cakey, bibir nampak penuh dan sexy :P .  Terima kasih sudi baca entry ni

Writing Song Workshop

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Lien telah menyertai 'Writing Song Workshop' oleh Juwita Suwito semalam. Juwita Suwito merupakan seorang penyanyi dan penggubah lagu.  Lien menyertai workshop ini bertujuan ingin mengetahui bagaimana sebuah lagu itu boleh terhasil.Di samping minat yang begitu mendalam dalam bidang penulisan. Lien menimba banyak sangat ilmu yang berguna hasil daripada menyertai bengkel tersebut. Bengkel ini dijalankan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Terima kasih baca entry ni.

BEST...Keep on walking

Image
Assalamualaikum…. Tak mudah untuk membuat keputusan dalam hidup jika kita ada banyak pilihan.Tak mudah untuk kita bangkit andai kita jatuh.Tak mudah untuk kita hadapi saat sukar jika kita bersendirian.Tak mudah untuk  kita telan bulat-bulat setiap sindiran dan hinaan.Okay..wait.Jangan diulangi lagi perkataan tak mudah tu..Memanglah berkata-kata tu senang dan melaksanakan apa yang diucapkan tu bukannya mudah.Senang ja kita berkata itu dan ini kepada orang lain.Jika kita tidak berada di tempat mereka, kita takkan fahami.Kan kan…. Macam mana nak hadapi semua ni.Okay lien nak kongsikan tip BEST ni: 1. B erani, berdisiplin dan berprinsip 2. E mosi Terkawal Paling penting kita harus memastikan emosi kita berada dalam situasi yang tenang.  Emosi yang tidak terkawal akan mengundang bahana dan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.  3. S abar Sabar ja lah.Tu jalah boleh cakap.Kesabaran tu pun datang dari dalam diri kita. 4. T empuh You have to do w

DalinLienDaWinda : Hari Raya 2015

Image
Assalamualaikum.. UCAPAN HARI RAYA DAN KAD RAYA Masih belum terlambat lagikan lien nak wish selamat hari raya kat uols.Raya kan sebulan.hihi.Terima kasih daddy amsyar design kad raya yang cantik ni. Ada kad yang dah lien pos sebelum raya.Yang tak sempat lien pos lien minta maaf ya.Memang dari zaman sekolah lagi hobby lien mmg suka hantar kad raya pada kawan-kawan rapat lien. Kebiasaannya kad raya lien buat sendiri berdasarkan kreativiti lien yang tak seberapo ni..ahakz. Yang penting amalan menghantar kad raya ni tak lapuk dek zaman. Kat sini juga lien nak amik kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN. CERITA HARI RAYA 2015 DALINLIENDAWINDA Syukur alhamdulillah, 3 tahun dah dapat beraya bersama daddy amsyar dan juga amsyar.Tahun pertama amsyar dalam perut lagi.Memang terasa sangat perbezaan hari raya ketika kita masih anak dara dan bila dah berkeluarga. Part yang osom-osom nak balik kampung sape dulu tak yah cerita.Korang pun sama ka

2Morrow Fashion Blast Fiesta 2015

Image
Assalamualaikum.. Lien baru nak update pasal fashion show yang sempat lien singgah iaitu  2Morrow Fashion  Blast Fiesta 2015. Acara ni berlangsung selama 2 hari iaitu pada 9 dan 10 May 2015 di roof top Avenue K. Nah pics yang sempat dirakam untuk lien share dengan korang semua. Pengacara pada hari tersebut yang bernama Dayah Bakar (follower setia rancangan 3R mesti kenal dengan beliau..kan kan kan) Memperkenalkan Raja Farah in the house. Uit..sape yang tak kenal dengan beliau kan. Kelihatan sangat manis dengan hijab dan abaya yang beliau gayakan ni. Teruja sebenarnya dapat bertentang mata dengan beliau. Seorang artis yang sangat pemurah dengan senyuman. Suka sangat melihat lakonan beliau dalam filem "Aku Masih Dara". Raja Farah Ni sape plak ni..kui kui kui. Bersama dengan teman setia saya ni. Amsyar pun tengok fashion show jugak. Siap tepuk tangan lagi. Tak sempat nak candid amsyar. "Hai..saya amsyar. Saya pun nak ca

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE