Pencarian Bakat Bintang RTM 2018


Kejayaan penganjuran Bintang RTM diterbitkan sejak 1974 ini nyata berjaya melahirkan bintang berkualiti berdasarkan penilaian profesional bukan populariti semata-mata. Untuk pengetahuan, Bintang RTM 2018 mengekalkan sistem penjurian profesional sepenuhnya dalam pemilihan juara. 

Sesi uji bakat untuk Pencarian Bakat Bintang RTM kini kembali memulakan pencarian kepada peserta berumur antara 17 tahun hingga 25 tahun.   

Kilang Bateri, Johor Bahru, Johor menjadi lokasi pertama sesi uji bakat pencarian Bintang RTM 2018 bermula pada 1 hingga 3 Disember ini.

Sesi uji bakat seterusnya di empat buah lokasi seluruh negara iaitu pada 2 dan 3 Disember di RTM Kuantan Pahang (Zon Timur), 9 dan 10 Disember di RTM, Kuching, Sarawak (Zon Sarawak), 9 dan 10 Disember di RTM Kota Kinabalu, Sabah (Zon Sabah) dan 16 dan 17 Disember di RTM Pulau Pinang (Zon Utara).

Sesi tersebut berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang di kesemua lokasi.

Antara syarat peserta uji bakat menyanyikan lagu-lagu ciptaan pencipta tempatan atau antarabangsa sama ada lagu berirama pop komersial, balada, rock, r&b, Jazz, dangdut dan pop etnik.

Mereka yang berminat dan berbakat jangan lepaskan peluang ni ya. Jom sertai uji bakat ini.



Terima kasih sudi entry ini ya.

Jika bermanfaat, silakan berkongsi entry ni ya. Boleh ikuti saya di semua platform media sosial seperti yang tertera di bawah:

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE