Posts

Showing posts from June, 2012

Mata seorang satria muda

Peristiwa ini dah lama terjadi kira-kira 2 tahun lepas kepada seorang insan yang sangat aku kasihi.Insan yang sentiasa muncul di benak fikiranku setiap kali aku memandu kereta atau pun apa jua yang aku lakukan. Tatkala aku sedang enak menikmati  nasi minyak kenduri sahabat di Klang hati berdebar-debar  entah kenape.Debaran aku akhirnya terjawab bila aku dapat sms mengkhabarkan insan yang sangat aku kasihi itu kritikal di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.Beliau kemalangan ketika menaiki kereta yang dipandu oleh rakan beliau ketika dalam perjalanan menghadiri kursus ketenteraan di Kedah. Perjalanan daripada KL ke Alor Setar memakan masa 4 jam.Sebaik  sampai di hospital, beliau masih lagi dalam bilik pembedahan.Cuma kelihatan jurulatih iaitu orang yang bertanggungjawab membawa beliau ke hospital sedang nyenyak tidur kepenatan sementara menunggu ahli keluarga terdekat sampai. Apa yang tertera dalam benak,jantung , hati dan segala organ-organ badan aku ni tak payah nak cakap

Bola : siang mengantuk malam berjaga

Assalamualaikum.. Tajuk ni dah tak asing lagi dah..sume orang dah tahu skg musim EURO 2012.Debaran makin memuncak.Sapekah juaranya?Jerman kah Spain kah atau Itali kah?Jeng jeng jeng.Tapi saya tak mo lah cerita lebih pasal bola..sebab saya bukanlah orang yang arif pasal bola..ngeh3. Ni salah satu senario pada musim bola.Penonton-penonton bola yang bulih dikatakan sangat setia termasuk abang-abang saya,adik-adik lelaki saya,abang ipar saya ...siang mengantuk malam berjaga gara-gara bola.Kunci jam tapi tak bangun-bangun..ish ish..kesian.duk tengok lam skrin mimpi sampai ke sudah..kah3 (gelak jahat). Walaupun team feveret saya dah kuar saya tetap sokong Jerman.opsss..ini bukan statement beralih arah hokeh. Sekian..majulah bola tuk dunia.

Awan nano

Assalamualaikum... kemarau cinta melanda hidup?bunga kembang tak jadi?kumbang tak sudi?ilek ilek..hujan pasti kan turun bila awan berkepul2 mari.asalkan tetap percaya dan sudi..^_^

Kasih sayang ibu

Assalamualaikum.. Sayang mak..inilah yg dikatakan jauh di mata dekat di hati..berkat doa dan kasih sayang mak..hari ni aku berjaya bangun sahur beb..mlm td seblm tido sempat chat ngn mak lam tepon.mak cite la dia berpuasa lam bulan rejab ni..so aku pn semangat la nak puasa gak..puasa ganti..syyy..siap pesan kat mak suh kejut aku sekali bgn sahur.walaupn nampak agak last minute..tp harap2 berjaya aku bayar hutang tahun lepas kan... Maka bermulalah perjuangan aku tuk berpuasa.semoga ibadah puasa ni diterima Allah SWT..so kepada rakan2 yg disayangi..mailah kita pakat2 puasa..

Assalamualaikum

Hai rakan-rakan semua yang dihormati dan dikasihi.. pon pon orang baru nak lalu..tumpang lalu.chopp.Dimulakan dengan ucapan Assalamualaikum..Entah nape tiba-tiba terdetik hari ni nak create account ni. Memang minat menulis nih.So ape kata saya create account blog ni kan..jeng jeng jeng.Tak sabar nak mencoret2 kat sini pulak. . Selamat Datang tuk dalinliendawinda.blogspot.com

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE