Posts

Showing posts with the label Fuying & Sam

Konsert “Sayang Malaysia”, 31 Ogos 2018

Image
Sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-61 tahun ini, disemarakkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan “Konsert Sayang Malaysia” pada 31 Ogos ini, pukul 8.30 malam disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1. Penganjuran konsert yang bermatlamat meraikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya ini secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat pelbagai bangsa. Dengan tema sambutan Hari Merdeka bagi tahun ini ‘Sayangilah Malaysiaku’, konsert diterbitkan Sarena Mohd Salleh, Unit Hiburan TV RTM menampilkan barisan artis Akim & Majistret, Projector Band, Azlan & Typewriter, Fuying & Sam, Dato’ David Arumugam, Bumiputra Rokers dan Bunkface. Penonton konsert dihidangkan dengan persembahan kumpulan Bunkface menyanyikan lagu tema Merdeka bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’ dan lagu popular mereka yang lain seperti ‘Malam Ini Kita Punya’, medley ‘Revolusi’ dan ‘Situasi’ juga ‘Rentak Laguku’.  Menampilkan gandingan pengacara Jeed Zulkifli dan

VIDEO