Posts

Showing posts with the label Sinopsis

SINOPSIS TELEMOVIE MENCARI MARDHATILLAH

Image
SINOPSIS  TElEMOVIE MENCARI MARDHATILLAH “Mencari Mardhatillah”  mengisahkan kecekalan dan ketabahan hati seorang janda bersama anaknya yang melarikan diri dari buruan bekas suamnya yang jahat untuk membina hidup baru. Segalanya membuatkan dirinya kembali kepada jalan Allah. Salina bersama anaknya Rafael pulang ke rumah ibu bapa setelah kematian kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Salina merancang untuk menjual harta yang diwarisi dari orang tuanya dan berhijrah ke Australia untuk melarikan diri dari bekas suaminya Malek. Malek seorang suami yang jahat dan memperalatkan Salina bagi mendapatkan wang untuk kepentingan dirinya. Disebabkan tidak mahu diburu oleh Malek, Salina membawa Rafael pulang ke rumah peninggalan datuknya di kampung. Datuk Salina, Tuan Haji Ghazali, telah mewakafkan sebahagian besar tanah miliknya untuk madrasah dan asrama anak-anak yatim. Pak Ali dan Mak Jah serta anaknya Aidil, telah diamanahkan oleh Tuan Haji Ghazali untuk mengurusk

Sinopsis Filem Klasik Haathi Mere Saathi

Image
SINOPSIS FILEM KLASIK HAATHI MERE SAATHI Filem arahan M. A. Thirumugam ini menonjolkan kasih sayang seorang lelaki terhadap beberapa ekor gajah yang dibela olehnya sejak kecil dan bagaimana dia menghadapi beberapa halangan dan masalah untuk memeliharanya. Imbas kembali kisah seorang lelaki bernama Raju dan empat ekor gajah yang menjadi temannya. Raju sangat menyayangi empat ekor gajah yang menyelamatkan dia dari serangan seekor harimau kumbang semasa dia kecil. Selepas berkahwin, isteri Raju yang bernama Tanu, tidak suka pada binatang-binatang itu dengan alasan bahawa suatu hari nanti anak mereka akan dibunuh oleh salah satu daripada gajah tersebut. Oleh kerana itu, beliau memaksa suaminya membuat pilihan di antara gajah ataupun keluarga mereka. Apabila Raju enggan membuat keputusan, isteri Raju meninggalkan beliau dan duduk bersama bapanya. Seterusnya, Ramu, gajah kesayangan Raja, pergi memujuk Tanu untuk kembali ke rumah suaminya dan dalam pada itu dia juga be

Sinopsis Labu dan Labi

Image
Slot Teater Legenda kali ini membawakan sebuah lagi filem hebat arahan Allyarham Tan Sri P. Ramlee bertajuk “Labu dan Labi” , akan  bersiaran pada 2 April 2018 , pukul 9.30 malam , di TV2. Saksikan gandingan lucu P. Ramlee dan Mohd. Zain sebagai Labu dan Labi, orang gaji kepada Haji Bakhil, seorang tua yang sangat kedekut. Isterinya yang penyabar dan setia serta anak perempuan mereka yang cantik, Manisah, melengkapkan sebuah keluarga yang hidup harmoni. Kedua-dua Labu dan Labi sering dimarahi, dimaki dan dipaksa melakukan hukuman kanak-kanak iaitu  ketuk-ketampi  oleh Haji Bakhil tetapi tetap bertahan untuk bekerja dengannya kerana masing-masing dalam diam menaruh hati kepada Manisah. Satu malam apabila mereka berdua hendak tidur di beranda rumah Haji Bakhil, seperti biasa mereka berdua memulakan cerita tentang angan-angan masing-masing. Cerita angan-angan mereka bermula di sebuah kelab malam. Labi berangan yang dia adalah majistret yang ingin ke kelab malam untuk berju

SINOPSIS TELEMOVIE: AWE KENO NIKOH

Image
Adakah kisah Awe dan Mek Tie bakal menggeletek penonton di pagi Ahad? Saksikan keletah Uqasha Senrose dan Zahiril Adzim bercakap dialek Kelantan dalam telemovie “Awe Keno Nikoh” bersiaran pada 18 Mac 2018, pukul 10.05 pagi menerusi slot Panggung Ahad di TV1 SINOPSIS "AWE KENO NIKOH" Menonjolkan watak Ridhwan atau dikenali dengan nama timangan Awe, berketurunan Kelantan tetapi dibesarkan dan bertugas di Kuala Lumpur. Awe mempunyai seorang kekasih bermata duitan. Dia membuat keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya setelah sedar ianya satu kesilapan. Keputusannya itu solah-olah mendatangkan rezeki kepada dirinya. Selepas pulang ke pejabat, Awe menerima pujian atas kecemerlangannya. Dia dinaikkan pangkat dan diarah untuk menguruskan syraikat di Kelantan. Dalam pada itu, Awe mengenali Mek Tie, seorang peniaga online yang dirasakan kasar dan menjual barangan tidak berkualiti. Mek Tie diminati oleh Osman K-Pop, seorang penyanyi dikir barat yang melarang Awe dar

Sinopsis Dia Anak Jeneral

Image
Drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Dia Anak Jeneral” mulai 24 Januari 2018 ini , setiap Rabu dan Khamis, pukul 8.30 malam menerusi saluran TV2 sebanyak 26 episod. Mengisahkan seorang gadis dalam keluarga di mana ayahnya selalu memberi arahan seperti dalam pasukan tentera. Beliau mula merasa tertekan apabila ayahnya bercadang untuk menjodohkannya dengan pilihan ayahnya. Beliau tidak bersetuju dan mula mencari alasan kukuh untuk membantah keputusan ayahnya. Pelbagai rintangan dilaluinya sehingga akhirnya beliau bertemu dengan seorang lelaki dan mula jatuh cinta. Menampilkan lakonan mantap Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, dan Fatimah Azzahra, siri adaptasi novel tulisan Hezzy Azra ini mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, me

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Image
Kisah pembongkaran rahsia lampau yang berkait dengan latar belakang tiga orang pemuda melatari drama bersiri Korea terbaharu bertajuk “Healer” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Kristal  di TV2  "Healer" yang disiarkan setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.30 malam, sebanyak 26 episod siri ini dibintangi oleh Yoo Ji-Tae, Ji Chang-Wook dan Park Min-Young. Mengisahkan tentang kehidupan kewartawanan seorang wartawan yang menemukan kes yang sangat menarik untuk dirungkaikan. Ia disulami dengan plot kisah percintaan romantis yang turut melatari siri arahan Lee Jung Sub dan Kim Jin Woo ini. Kim Moon-ho seorang wartawan terkenal di salah satu stesen penyiaran. Namun secara tidak sengaja Kim Moo-ho berdepan dengan satu kes yang telah puluhan tahun menjadi misteri dan tidak pernah selesai. Kes tersebut ternyata melibatkan sekumpulan petugas yang menjalankan sebuah stesen penyiaran haram. Kemudian Kim Moo-ho dengan sengaja cuba mendekati kumpulan yang

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE