Posts

Showing posts with the label Azhan Rani

Sekitar Majlis Pelancaran Telefilem dan Novel "Sesekali"

Image
Majlis pelancaran telefilem dan novel "Sesekali" telah berlangsung pada hari Rabu bertarikh 12 Jun 2019 bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur jam 8.30 pagi.  Panggung RTM “Sesekali” merupakan sebuah drama yang diilhamkan dari sebuah puisi karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2006 dan diadaptasi menjadi drama terbitan Unit Drama TV RTM dengan kerjasama DBP.  Drama arahan Hisyamudin Ahmad ini dibintangi oleh Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hariry Jalil, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Noorkhiriah dan Norasmahani Shaari.  Selain sesi  memperkenalkan barisan pelakon, pengarah, penulis dan pihak yang terlibat dalam menjayakan telefilem ini serta tayangan telefilem, pada hari sama juga turut dilancarkan novel bertajuk “Sesekali” tulisan Lily Haslina Nasir. Ketulusan menjiwai sesuatu karakter yang dibawa oleh pelakon Beto dan Azhan Rani sememangnya telah diketahui umum dan tak dapat disang

Sinopsis Telefilem Sesekali

Image
Karektor seorang bapa seringkali dikaitkan dengan riak wajah tegas dan sukar menunjukkan rasa sayang kepada si anak. Justeru si anak lebih terarah kepada si ibu yang lahiriahnya penuh kelembutan daripada segala sudut. Namun bayangkan sekiranya takdir menentukan si ibu pergi terlebih dahulu disambut Illahi. Tanggungjawab si ibu dalam membesarkan dengan kasih sayang bertukar kepada si ayah. Hakikatnya ia bukanlah satu tanggungjawab yang senang untuk digalas oleh seorang bergelar bapa. Realiti kehidupan ini ditonjolkan pada watak Amrin dibawakan oleh pelakon Beto Kusyairy yang melalui suka duka kepayahan dalam membesarkan anak setelah kematian isterinya. Begitu juga nilai kasih sayang dan keikhlasan hati lelaki bernama Adeng lakonan Azhan Rani terhadap anak angkatnya, Wahyudi. Kisahnya dihidupkan dalam telefilem arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM bertajuk “Sesekali” menemui penonton pada 14 Jun 2019, pukul 9.30 malam di TV2. Menariknya, Sesekali diadaptasi

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE