Posts

Showing posts with the label Telefilem

Sinopsis Telefilem Sesekali

Image
Karektor seorang bapa seringkali dikaitkan dengan riak wajah tegas dan sukar menunjukkan rasa sayang kepada si anak. Justeru si anak lebih terarah kepada si ibu yang lahiriahnya penuh kelembutan daripada segala sudut. Namun bayangkan sekiranya takdir menentukan si ibu pergi terlebih dahulu disambut Illahi. Tanggungjawab si ibu dalam membesarkan dengan kasih sayang bertukar kepada si ayah. Hakikatnya ia bukanlah satu tanggungjawab yang senang untuk digalas oleh seorang bergelar bapa. Realiti kehidupan ini ditonjolkan pada watak Amrin dibawakan oleh pelakon Beto Kusyairy yang melalui suka duka kepayahan dalam membesarkan anak setelah kematian isterinya. Begitu juga nilai kasih sayang dan keikhlasan hati lelaki bernama Adeng lakonan Azhan Rani terhadap anak angkatnya, Wahyudi. Kisahnya dihidupkan dalam telefilem arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM bertajuk “Sesekali” menemui penonton pada 14 Jun 2019, pukul 9.30 malam di TV2. Menariknya, Sesekali diadaptasi

VIDEO - LYRIC BY DALIN LIENDA