D'kayangan Grill and Barbeque Steamboat Restoran Berkonsep 2 Dalam 1 Pilihan Terbaik
D'Kayangan Grill and Barbeque Steamboat membuat transformasi idea yang menarik dengan menggabungkan buffet berkonsepkan 2 dalam 1 iaitu steamboat dan grill. 5 PERKARA MENARIK TENTANG D'KAYANGAN YANG ANDA PATUT TAHU TRANSFORMASI STEAMBOAT DAN GRILL Pada asalnya restoran ini menyediakan masakan steamboat dengan pilihan sup ayam atau tomyam bersama aneka makanan laut yang segar.Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong.Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. HIDANG MENU SEGAR D'Kayangan menyediakan aneka makanan laut yang segar seperti udang besar, ketam, kupang kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi serta pelbagai bebola,