Posts

Showing posts from October, 2018

Bicarawara Hiburan “HOTSPOT” di RTM

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program terbaharu “HOTSPOT” , bicarawara santai yang mengetengahkan isu semasa dunia hiburan tempatan dan antarabangsa di samping perkembangan terkini personaliti dan artis jemputan pada setiap minggu. Bermula pada 7 Oktober lalu, program terbitan Unit Hiburan TV RTM bersiaran secara langsung dari Studio N1, Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menemui penonton setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV Okey (Astro 109). Siaran ulangannya pula dapat diikuti mulai 20 Oktober ini, setiap Sabtu, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2. Menampilkan Fikry Ibrahim sebagai hos, 13 episod program ini akan mengupas pelbagai topik berkenaan dunia seni dan hiburan yang pastinya menarik untuk dikongsikan dengan semua penonton RTM. Terdahulu menerusi episod pengenalannya, program disiarkan setengah jam ini berkongsi dengan penonton tajuk “Lirik Rojak” yang mengundang tiga panel jemputan yang tidak asing lagi dengan bidang penulisan lir

Puisi: DIA PERMATA

Image
DIA PERMATA Oleh: LienDa Aku tak lihat Apa yang kau lihat Aku hanya lihat ketabahannya Aku hanya lihat keindahannya Pada susuk tubuh Yang masih kuat Walau dihujani ribut Walau dilanda taufan Pada sebongkah besi tua ini Masih layak digelar permata Sangat berjasa pada masa lalu Jangan terlintas untuk mengabaikannya Jemput ikuti saya di semua laman media sosial seperti di bawah:

VIDEO