Posts

Showing posts with the label Corat Event

STESEN RADIO MUZIKFM BERWAJAH BARU KEMBALI BERSAMA PENDENGAR

Image
Adakah anda salah seorang pendengar stesen radio muzikfm sebelum ini? Menariknya entry kali ini berkisar tentang stesen radio muzikfm. Stesen radio muzikfm yang berwajah baru yang terkenal dengan tagline stesen muzik anda telah dilancarkan semula pada 13 Februari 2024 di Tanjung Piai sempena sambutan hari radio sedunia dengan nama MUZIKfm RTM. Antara segmen di MUZIKfm RTM iaitu Rilex @ muzikfm (6am-12pm), Chill @ muzikfm (12pm-6pm), Santai @ muzikfm (6pm-12am), Night therapy @ muzikfm (12am-6am). Terdapat juga segmen permintaan lagu iaitu segmen 'Layan muzikfm' di mana slot ini lagu-lagu yang disiarkan adalah berdasarkan permintaan pendengar pada setiap Sabtu jam 9 malam hingga 11 malam. Permintaan lagu boleh dibuat di media sosial MUZIKfm RTM  iaitu facebook , instagram atau email di muzikfm@rtm.gov.my. Penyampai radio MUZIKfm RTM adalah DJ Aliff Al-farabby dan DJ Azwan. MUZIKfm RTM juga memperkenalkan penyampai radio AI dikenali sebagai DJ AiRa. DJ Aliff yang sebelum ini

“BORAK DULU BARU BUKA” MUSIM KE-4 DI TV1 RTM

Image
  RTM menyiarkan program temu bual santai yang memasuki tahun keempat sudah menemani penonton menjelang waktu berbuka puasa iaitu “Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini” sepanjang Ramadan ini, pukul 6.45 petang bermula 11 March 2024 di TV1. Program diterbitkan oleh Unit Hiburan TV RTM ini mengekalkan gandingan pengacara Khir Rahman, Amin Idris dan Wany Hasrita yang sememangnya keserasian mereka ini sangat dinantikan penonton setia program ini. Progam temu bual 31 episod berkonsepkan perkongsian ilmu  bermanfaat yang disampaikan secara santai ini, merangkumi semua aspek pengisian ilmu agama, drama, nyanyian, hiburan, lawak spontan dan lain-lain. Program ini sesuai ditonton ketika berkumpul seisi keluarga menjelang waktu berbuka puasa. Antara topik berkaitan ilmu kesihatan, kekeluargaan, motivasi dan pelbagai lagi.Program yang mendapat respon baik tanpa mengira agama, kaum dan budaya ini membawa pendekatan fiqh yang lebih meluas dan mempermudahkan penyampaian ilmu contohnya berkaitan hu

Enam Finalis Bintang RTM 2018 Peringkat Akhir

Image
Majlis Sidang Media Bintang RTM 2018 Akhir telah berlangsung pada 2 April 2018 di D'Arina Skyview Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Kumpur. Sidang Media diadakan bertujuan untuk memperkenalkan secara rasmi finalis yang berjaya ke pringkat akhir, konsep serta tema yang akan dibawa pada pentas akhir dan tempat konsert akhir. Majlis ini juga turut memberi lebih banyak ruang lagi kepada finalis, media, blogger dan jemputan yang hadir untuk beramah mesra dan mengenali finalis dengan lebih dekat lagi. Majlis ini diacarakan oleh pengacara DjSonic. Untuk pengetahuan, kemuncak Bintang RTM 2018 yang bakal berlangsung pada 7 April 2018 di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam akan disiarkan secara langsung di TV2. Enam peserta yang layak ke peringkat akhir adalah Ferona, Heidi, Hariz, Hafiz, Yasser dan Anna. Pada pentas akhir Bintang RTM 2018 ini, peserta akan bersaing dalam tiga pusingan

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE