Posts

Showing posts from December, 2017

Sinopsis Siri Inggeris bertajuk "Matador"

Image
Mengisi slot Sunday Screening yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2, siri Inggeris bertajuk “Matador” tentang bintang bola sepak yang popular menghidupkan dua sisi rahsia kehidupan sebagai pengendali rahsia untuk CIA dalam siri tindakan-pengembaraan ini. Dibintangi watak utama oleh Gabriel Luna, Alfred Molina, Peter Gadiot, 13 episod siri ini menemui penonton mulai 10 Disember ini, setiap Ahad, pukul 9.30 malam di TV2. Dalam skrip siri aksi ini, Tony Bravo lakonan Gabriel Luna adalah agen DEA yang direkrut oleh CIA untuk menyusup ke Los Angeles Riot, sebuah pasukan bola sepak profesional. CIA mengesyaki pemilik Riot, Andrés Galan (Alfred Molina), menggunakan sumber kuasanya yang besar untuk membiayai aktiviti haram. Semasa percubaan pasukan, Bravo serius mencederakan salah seorang pemain Riot dalam perlawanan tersebut meskipun pada awalnya dia memperoleh kemesraan pemilik dan pasukan. Apabila rakaman insiden itu berlaku, Bravo mendapat

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Image
Kisah pembongkaran rahsia lampau yang berkait dengan latar belakang tiga orang pemuda melatari drama bersiri Korea terbaharu bertajuk “Healer” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Kristal  di TV2  "Healer" yang disiarkan setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.30 malam, sebanyak 26 episod siri ini dibintangi oleh Yoo Ji-Tae, Ji Chang-Wook dan Park Min-Young. Mengisahkan tentang kehidupan kewartawanan seorang wartawan yang menemukan kes yang sangat menarik untuk dirungkaikan. Ia disulami dengan plot kisah percintaan romantis yang turut melatari siri arahan Lee Jung Sub dan Kim Jin Woo ini. Kim Moon-ho seorang wartawan terkenal di salah satu stesen penyiaran. Namun secara tidak sengaja Kim Moo-ho berdepan dengan satu kes yang telah puluhan tahun menjadi misteri dan tidak pernah selesai. Kes tersebut ternyata melibatkan sekumpulan petugas yang menjalankan sebuah stesen penyiaran haram. Kemudian Kim Moo-ho dengan sengaja cuba mendekati kumpulan yang

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE