Sebuah Kemaafan
Assalamualaikum , Agak kesepian sedikit blog ini beberapa minggu ni kan.Maaf ya.Terima kasih kepada kalian yang sudi singgah di blog ini.Hari ni jari jemari rajin menari menaip.Okay,entry hari ini nak beri judul "sebuah kemaafan". Pernah tak terucap di bibir atau terlintas sejenak di fikiran kalian ”Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila”.Puncanya mungkin kita berasa geram dan marah yang melampau pada seseorang.mudah sensitif, baran dan tidak boleh menerima teguran ,atau pun ada sesuatu yang dilakukan oleh seseorang sehingga membuatkan hati kita terluka dan banyak lagi. Okay..tarik nafas dalam-dalam dan hembus.Lega tak?Mari kita berfikir sejenak. Selepas kita menarik nafas dalam-dalam dan kemudian kita hembuskan.Apakah nikmat yang dapat kita rasakan? Kita berasa nyaman,segar dan tenang..Cuba kita bayangkan seandainya kita langsung tidak mahu memaafkan kesalahan insan lain.Akan lahirnya perasaan benci, marah, meluat dan macam-macam lagi.Semuanya bersesak-sesak d