Posts

Showing posts with the label RTM

Uji bakat Bintang Klasik 2019

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Radio KLASIK terus mempopularkan dan mengangkat martabat lagu-lagu irama Melayu Klasik, popular malar segar serta nostalgia daripada filem-filem Melayu lama menerusi penganjuran pencarian bakat Bintang Klasik 2019. Merupakan edisi yang kelapan, tahun ini menyaksikan pencarian bakat dilaksanakan untuk zon Semenanjung dan Zon Sabah dan Sarawak sahaja. Uji bakat untuk zon Semenanjung akan diadakan pada 27 Julai dan 28 Julai 2019 (Sabtu & Ahad), di Auditorium P.Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Seterusnya sesi uji bakat untuk zon Sabah dan Sarawak akan dijalankan serentak pada 3 Ogos 2019 (Sabtu) di Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah (RTM Sabah) dan Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM Sarawak) bermula 9.00 pagi hingga 5 petang. Penyertaan terbuka kepada peserta berumur 16 hingga 30 tahun, yang dikehendaki memilih dan menyanyikan satu (1) buah lagu daripada tahun 50an hingga 90an

Sinopsis Filem "Assalamualaikum Beijing'

Image
SINOPSIS ASSALAMUALAIKUM BEIJING Mengisahkan tentang Asmara (Revalina S. Temat) yang hatinya begitu hancur ketika dia mengetahui calon suaminya, Dewa (Ibnu Jamil) curang dengan teman sepejabatnya, Anita (Cynthia Ramlan) sehari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung. Namun hakikatnya lebih parah lagi apabila Asma mengetahui hasil   daripada hubungan terlarang itu, Anita hamil di luar nikah. Ketika itu Dewa begitu menyesal dan secara berterusan memohon maaf kepada Asma. Dia bersungguh-sungguh mahu meneruskan pernikahannya dengan Asma. Namun hakikatnya hati Asma sudah terluka dan tidak mungkin untuk sembuh lagi. Pada masa sama untuk menghilangkan kesedihannya, Asma pun menerima tawaran pekerjaan di Beijing yang diperolehnya dari bantuan rakannya iaitu Sekar (Laudya Cynthia Bella) dan suaminya Ridwan (Deddy Mahendra Desta). Mereka membantu Asma yang berbakat dalam bidang penulisan mendapatkan tawaran bekerja di Beijing sebagai penulis kolum yang khusus mengulas tent

SINOPSIS TELEMOVIE: HUJAN MANIK DI TV1

Image
Tidak perlu diperkenalkan lagi dua nama besar dalam bidang lakonan, Fauziah Nawi dan Rominah Sidek. Lakonan mantap dua figura ini sememangnya dekat di hati penonton. Terbaharu kedua-duanya muncul sebagai pasangan adik-beradik dalam telemovie arahan Hisyamudian Ahmad bertajuk “Hujan Manik” yang diterbitkan Unit Drama TV RTM. Disiarkan menjelang sambutan tahun baharu 2019 iaitu pada 31 Disember ini, pukul 9.00 malam di TV1, ikuti plot cerita watak Kalsom, lakonan Fauziah Nawi dan Samiah, Rominah Sidek yang terpisah sejak kecil berikutan serangan komunis semasa era darurat tetapi akhirnya mereka bertemu semula. SINOPSIS HUJAN MANIK Telemovie Hujan Manik mengangkat kisah lara seseorang yang terpisah daripada keluarga dan orang tersayang dalam tempoh bertahun lamanya hingga tidak tahu mahu mencari di mana. Turut diselitkan emosi seorang kanak-kanak yang sedang meningkat usia dan masih di alam persekolahan yang merasakan dirinya diabaikan oleh ayahnya sendiri. Pada masa sama j

Bicarawara Hiburan “HOTSPOT” di RTM

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program terbaharu “HOTSPOT” , bicarawara santai yang mengetengahkan isu semasa dunia hiburan tempatan dan antarabangsa di samping perkembangan terkini personaliti dan artis jemputan pada setiap minggu. Bermula pada 7 Oktober lalu, program terbitan Unit Hiburan TV RTM bersiaran secara langsung dari Studio N1, Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menemui penonton setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV Okey (Astro 109). Siaran ulangannya pula dapat diikuti mulai 20 Oktober ini, setiap Sabtu, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2. Menampilkan Fikry Ibrahim sebagai hos, 13 episod program ini akan mengupas pelbagai topik berkenaan dunia seni dan hiburan yang pastinya menarik untuk dikongsikan dengan semua penonton RTM. Terdahulu menerusi episod pengenalannya, program disiarkan setengah jam ini berkongsi dengan penonton tajuk “Lirik Rojak” yang mengundang tiga panel jemputan yang tidak asing lagi dengan bidang penulisan lir

Prinsip Jati Diri dalam Telemovie Lalang

Image
Mengangkat pegangan prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu, jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun dipenuhi lalang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyiarkan telemovie bertajuk “Lalang”. Karya arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM dan skrip oleh Mazlan Manan ini menemui penonton pada 8 September ini, pukul 9.00 malam di TV1. Mengangkat latar period drama berlaku sekitar tahun 1942, era penaklukan Jepun di Tanah Melayu, drama berdurasi 90 minit ini mengangkat tema pengorbanan dan patriotik dalam perjuangan bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara. Menjalani penggambaran 16 hari di Kelantan, ikuti perjalanan kisah watak utama Embong (Syazwan Zulkifli) dan Ah Heng (Lenny Ooi) cuba mengelak diri mereka dari dipergunakan. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah. Antara babak Lalang lakonan Syazwan Zulkifli Namun ugutan daripada

Konsert “Sayang Malaysia”, 31 Ogos 2018

Image
Sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-61 tahun ini, disemarakkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan “Konsert Sayang Malaysia” pada 31 Ogos ini, pukul 8.30 malam disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1. Penganjuran konsert yang bermatlamat meraikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya ini secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat pelbagai bangsa. Dengan tema sambutan Hari Merdeka bagi tahun ini ‘Sayangilah Malaysiaku’, konsert diterbitkan Sarena Mohd Salleh, Unit Hiburan TV RTM menampilkan barisan artis Akim & Majistret, Projector Band, Azlan & Typewriter, Fuying & Sam, Dato’ David Arumugam, Bumiputra Rokers dan Bunkface. Penonton konsert dihidangkan dengan persembahan kumpulan Bunkface menyanyikan lagu tema Merdeka bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’ dan lagu popular mereka yang lain seperti ‘Malam Ini Kita Punya’, medley ‘Revolusi’ dan ‘Situasi’ juga ‘Rentak Laguku’.  Menampilkan gandingan pengacara Jeed Zulkifli dan

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE