Posts

Showing posts from September, 2023

Blues Gang bakal meriahkan pentas Auditorium Perdana Angkasapuri Kota Media

Image
  Entry pada kali ini saya cukup teruja ingin menyebarluaskan informasi ini kepada pembaca blog ini dan semua bahawa Blues Gang bakal beraksi di  Angkasapuri Kota Media Sabtu ini. Persembahan ini dibawakan oleh Unit Hiburan TV RTM dalam rancangan HMI, Hiburan Minggu Ini: Blues.  Blues Gang merupakan kumpulan muzik legenda yang popular sejak era 1970-an antara lagu mereka seperti Apo Nak Di Kato dan Mama Saya Mahu Kahwin.  Penampilan teristimewa juga di HMI, Hiburan Minggu ini dari Ilham (Pitahati), Khir Rahman, Jo Branko, Tom dan Nur Amira Syahira. Mari bersama memeriahkan acara ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kota Media pada 30 September 2023, Sabtu pukul 9.00 malam.  Acara ini juga akan bersiaran secara langsung di TV2 dan RTM Klik.

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE