Posts

Showing posts from July, 2012

Rantai Hati Yang Berkarat

Gegelung dawai membelit hati Hingga  sukar dileraikan Keangkuhanmu  tinggi di awan Kejahilanmu tidak bertepi Oh…alangkah ruginya Menghulur kerana nama Tidak kau endah untuk menempatkan diri sebagai penghuni syurga Asalkan istana dunia milikmu Entah esok atau lusa Masanya akan tiba Memamah semua Yang tinggal hanyalah dirimu yang alpa Jasadmu membusuk di neraka Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Subhanallah..baiknya Allah S.W.T

Image
Assalamualaikum.. Sepanjang bulan Ramadhan ni,lunch hour of course lah tak kuar makan kan.Bagi mereka yang bersahur pagi tadi Insya-Allah tak ada rasa lapar sangat kan kan kan.Tak boleh makan dan minum pada waktu macam ni tak pe,kita bagi ja rohani kita makan dengan baca artikel-artikel yang baik tuk tambahkan pengetahuan pada bulan Ramadhan ni.Saya pun bukanlah seorang muslimah yang baik,tapi saya berusaha tuk jadikan Ramadhan kali ni lebih baik daripada tahun lepas. Lihat nih.Subhanallah..baiknya Allah S.W.T..bagi ganjaran yang begitu banyak.Rugilah kalau kita tak rebut peluang keemasan.Tak tahu tahun depan berkesempatan lagi ke tak kan. Harap-harap bulan puasa ni boleh menyedarkan kita  sentiasa ingat pada orang-orang yang tak berkemampuan.Usahkan nak merasa makanan yang lazat-lazat,mungkin ada yang berlapar tak ada makanan dan minuman. Melihat rakan-rakan facebook saya post gambar-gambar hidangan berbuka mereka, gulppppp (bulih meleleh air liur)...memang sangat m

Salam Ramadhan

Image
Assalamualaikum.. Besok 1 Ramadhan dah start puasa kan. So saya nak mintak maaf kalau ada salah dan silap terkasar bahasa salah tingkah laku. Teruja malam ni nak p terawih, besok pagi-pagi bangun sahur dan melaksanakan amal ibadah yang lain. Saya berdoa semoga kalian termasuk saya menjadi insan yang lebih baik dan mengharungi ramadhan dengan sukses. Selamat berpuasa dan selamat beramal.

Friday I'm in Love

Image
Go Awang!Go Awang! Semenjak dua menjak nih, aku dah buang tabiat selalu duk gelek-gelek and nyanyi  Go Awang!Go Awang! Ha nak tau nape?Aku selalu follow drama bersiri  Friday I’m in Luv setiap hari Khamis 8.30 malam di TV9.Bagi aku drama bersiri Friday I’m in Luv ni saaaangat comel.. Awang ni akan jatuh cinta setiap hari Jumaat dan putus setiap hari Khamis.Kononnya dia terkena sumpahan Friday I’m in Luv jatuh cinta kepada gadis mengikut abjad.yang paling besh sebab Awang mempunyai sahabat-sahabat yang sangat concern kepada beliau.Minggu ni adalah episod akhir.Aku sangat teruja nak tahu siapakah sebenarnya yang akan betul-betul jadi kekasih Awang yang sebenar.Jom tonton hari rabu ni.

Budu oh budu

Image
Sedap sengoti kalu make nasik ado budu.Sungguh dop tipu lasung.Bubuh limau nipis sikit,cili padi sikit,bawe sikit pahtu cicoh pulok denga ule-ule..perggghhh.Make nasik tamboh berpingge-pingge.Pehe ko dop?Dop pehe?Nok keno translate ko? Meh nak alih bahasa…heheheeh.Kelantan mari kan anok kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang,kadang-kadang ada jugak timbul perasaan sekali sekala nak update blog nih dalam loghat Kelantan.Hari-hari duk kecek KL sapa kocok botol budu.Hahahah. Tak po tak po ari ni kita bui sikit jah.Rusing jugok takut pakat tengango abih baco dop pehe sebutir habok.Kalu sep kito baco tak po la konpem pehe.Dop gitu? Promo jap.Anda  berminat nak belajar loghat Kelantan?  Ahaks..inilah orangnya yang bersedia membantu  anda. V V Dalin LienDa Winda Meh la.Boleh register.Saya bagi lecture.Free of charge.Mana lah tau kan kot-kot ada yang nak cari calon orang Kelantan,nak berborak-borak dengan bakal mak mentua ke satu patah perkataan pun tak paham payah

Kisah pada waktu tengah hari..meh kita terjah

Image
Assalamulaikum... Pada hari ni saya dan teman-teman menikmati  makan tengah hari di BBQ Chicken One Utama.Lagi dua minggu menjelang Ramadhan ada di antara kami di opis yang beragama Islam sudah melaksanakan puasa ganti.Topik perbualan kami sewaktu menikmati makan tengah hari lebih menjurus kepada bab puasa.Rakan-rakan saya ni banyak bertanya mengenai puasa. Peace Teman-teman yang disayangi Ada sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan dengan u olss.Salah seorang teman saya ni bercerita pengalaman beliau belajar berpuasa ketika tinggal serumah dengan rakan-rakan Malay. Teman saya ni berbangsa cina dan dia teruja tuk berpuasa.  Suatu hari tu,beliau cuba tuk berpuasa bangun sahur bagai lah follow rakan-rakan serumah  yang lain.Sampai pukul  3 petang dia cakap dah tak boleh tahan. Lepas tu dia tertidur . Masa dia tidur tu dia tengah gigit jari tau. Ha…teruja nak tau apalah yang dia mimpi sampai gigit jari masa tengah tidur. Sila rujuk gambar di bawah.

Bukan Pengemis Cinta

Wahai sang kumbang Aku adalah bunga segar Yang mengharapkan mu  singgah bukan sebentar Bukan hanya menghidu wangianku Mengambil manis-manis maduku Aku adalah bunga mekar Yang mengharapkanmu menyunting tangkaiku Tuk dijadikan perhiasan kalbu Tuk selamanya bersatu Wahai sang kumbang Cukup tuk kau tahu Bahawa aku bukan pengemis cinta Hasil nukilan : Dalin LienDa Winda

Tips menguatkan daya ingatan

Assalamualaikum dan salam jumaat tuk rakan-rakan yang dihormati lagi dikasihi... Pukul 6 pagi tadi saya sempat menonton rancangan stamina.Saya tertarik dengan tips-tips yang dipaparkan salah satunya adalah cara-cara meningkatkan stamina dan daya ingatan.Jadi apalah salahnya saya berkongsi dengan teman-teman saya di sini kan.Saya cuma nak berkongsi di sini cara-cara nak menguatkan daya ingatan kita secara ringkas dan padat.Meh kita tengok. Tips menguatkan daya ingatan: 1.Bermain dengan board games.Cth: Sahibba 2.Banyakkan membaca 3.Fokus 4.Main dengan angka.Cth:Sudoku 5.Membaca Al-Quran bagi umat Islam

Semangat inspirasi

Image
Jangan pernah berputus asa dengan hidup.Setiap orang ada matlamat hidup masing-masing.Walaupun kadang kala kita menemui jalan buntu dalam perjalanan hidup, jangan sesekali biarkan langkah kita terhenti.Ketabahan dan kekuatan  sangat perlu. Kejayaan insan-insan tertentu boleh kita jadikan sumber inspirasi.Bukan hanya memandang sepi. Bersandarkan kudrat dan minda yang jitu yang tak pernah ampuh.  Semangat inspirasi :  Matlamat penerjun ini sudah tentulah ingin mendarat dengan jayanya.Penerjun ini perlu mempraktikkan apa yang telah dipelajari, tak boleh gentar dan harus memiliki minda yang fokus. Lihatlah.Akhirnya penerjun ini berjaya mendarat.

Sama tapi tak serupa

Image
As salamualaikum..                                               Siapakah?Jeng jeng jeng Teruk tak aku??Bagi-bagi salam ja terus pampang gambar tak ada mukadimah langsung..ngeh ngeh ngeh.Story of the day adalah ‘sama tapi tak serupa’. Surprise tak ..surprise tak ada orang muka sama dengan aku?Bukan photocopy.Bukan juga guna photoshop buat gambar ni jadi dua.Sama tapi tak serupa hokeh.Apakah? Bersyukur sangat aku dan dia dilahirkan dalam keadaan sempurna.Tak bercantum tak melekat tak ada siam-siam.Ori Malaysia.^_^.Boleh bayang tak dalam perut mak aku ada dua orang.Kesian betul kat mak aku masa tu kan.Tapi mak cakap dia rilek ja.Tak rasa apa-apa pun.Sebab dah ada experience kan.Mak aku tak tahu langsung pun yang dia mengandungkan anak kembar.Mak bersalin kat rumah semasa kelahiran kami.Bidan yang sambut. Aku yang kuar dulu dari perut mak.Tak sabar-sabar sangat kan nak tengok dunia sampai kuar songsang.Kaki aku dulu yang kuar.Sebelah pulak tuh.Boleh bay

Gui Ling Gao

Image
Indahnya hidup berbilang bangsa.Asalkan saling menghormati dan boleh bertolak ansur.Rakan sepejabat saya kebanyakannya adalah Chinese. Banyak yang saya belajar mengenai budaya, bahasa dan cara hidup mereka. Hari ni saya ingin berkongsi mengenai Gui Ling Gao yang diperkenalkan oleh rakan sepejabat saya.Apakah??Gui Ling Gao ni boleh dikategorikan sebagai sejenis ubat Cina.Kalau ikut bahasa terjemahan bermaksud jeli kura-kura/penyu..halamak.boleh makan ke?Rakan saya menerangkan bahawa tiada satu bahagian kura-kura/penyu  pun dalam Gui Ling Gao ni.Dulu memang ya tapi sekarang tak lagi. Sebab salah disisi undang-undang  menggunakan kura-kura/penyu.Gui Ling Gao Cuma mengandungi herba-herba dan bunga-bungaan.Gui Ling Gao membantu membuang toksin dalam darah dan memulihkan penyakit kulit.Jerawat pun boleh hilang. Nak tau macam mana rupa Gui Ling Gao..Jeng jeng jeng. Sila rujuk gambar di bawah: Rasanya sedikit pahit.Boleh dimakan dengan gula merah tuk menghilangkan sedikit rasa pahi

Tips maintain slim melim

Saya bukanlah doktor pakar.Sekadar nak berkongsi khas tuk rakan-rakan yang selalu bertanya pendapat dan bagaimana saya maintain berat badan.Cara saya jimat dan terbukti berkesan.Lai lai lai meh nak cite.Amboi macam tak sabar nampak.ilek ilek..mai kita tengok satu persatu. 1.Sikap positif  Perlu diingatkan bahawa pemakanan bukanlah faktor utama menyebabkan berat badan badan bertambah.Sikap anda juga memainkan peranan. 2.Banyakkan bergerak Kalau kat pejabat tu jangan main-main tolak kerusi je nak ambil fail kat rak.Silalah bangun dan berjalan ke rak. Naik tangga turun tangga, elakkan guna lif (pssst..rumah saya atas kayangan tau..hari-hari duk mendaki tangga) Hujung minggu berjalan-jalanlah kat shopping mall ke,taman ke, berjalan kaki ke masjid pun ok gak kan.Dapat gak pahala. Cuba elak parking kereta kat pintu masuk.Parking jauh-jauh sikit. Nak minum air ambil sendiri.Punyalah malas nak pergi dapur sampai kena suruh orang ambilkan.No no no. 3.Sarapan pagi Sara

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE