Posts

Showing posts with the label tip kecantikan

Kekal langsing dengan jus lemon detox

Image
Entry kali ini lien kongsikan resepi jus lemon detox yang lien amalkan untuk kekal sihat dan langsing serta membantu atasi masalah perut buncit. Jemput baca entry sebelum ini  Kaedah selamat pengurangan berat badan RESEPI JUS LEMON 1 biji Lemon 1 biji limau nipis (dipotong dua) 1 Inci Halia 1 batang Serai (diketuk) 2 ulas bawang putih (diketuk) 1 kuntum Bunga Cengkih Potong lemon kepada dua bahagian dan perah jus lemon ke dalam cawan dan ketepikan. Rebus air bersama semua bahan tadi kecuali jus lemon. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan seketika. Kemudian campurkan jus lemon bersama air rebusan. Masukkan dalam botol kaca. Simpan dalam peti sejuk. Boleh diminum pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Untuk kekal sihat dan langsing, Lien juga menjaga pemakanan dan rajin bersenam. Semoga artikel ini bermanfaat untuk kalian.  Ikuti saya di semua platform media sosial di bawah:       

REVIEW: SHAMPOO SANTAN SOLUSI TERBAIK MASALAH RAMBUT

Image
Bagi wanita berhijab masalah rambut yang sering dialami adalah kegatalan kulit kepala, kelemumur dan rambut berbau kurang menyenangkan. Garu-garu kepala sebab kepala memang dah sedia gatal ditambah lagi buntu dan pening memikirkan cara nak atasi masalah ini. Masalah keguguran rambut pula merupakan masalah yang dialami baik wanita mahupun lelaki. Apakah masalah rambut yang korang hadapi? Jomlah share sini.  Bagaimanakah cara penjagaan rambut bagi memastikan rambut kekal sihat? Dalam entry sebelum ni, lien pernah berkongsi tentang penjagaan rambut. Antaranya adalah minum air putih yang cukup, mencuci rambut mengikut jadual dan yang penting pemilihan produk penjagaan rambut yang betul.  Bercakap mengenai produk penjagaan rambut ni lien ada terima bungkusan produk penjagaan rambut dari saudari Qisha. Sebaik sahaja membuka bungkusan yang dikirim oleh saudari Qisha iaitu ejen shampoo santan , lien sangat teruja dan tak sabar untuk mencuba. Kini sudah lebih 2 bulan lien m

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

Image
Lien tak jemu nak berkongsi rahsia langsing selepas melahirkan anak.Biar pun disua soalan yang sama oleh ramai orang setiap kali bertemu, lien takkan bosan.Suka melihat wanita kat luar sana tampil cantik. Jangan pernah putus asa untuk kekal slim selepas melahirkan anak.Untuk pengetahuan, saya pernah berkongsi cara nak slim selepas bersalin dalam entry sebelum ni. Jujur lien katakan tak mudah nak tampil slim selepas berumah tangga dan melahirkan anak.Masa sangat terhad untuk diri sendiri,tabiat dan jadual makan yang berubah-ubah adalah cabaran paling utama.Tahniah lien ucapkan kepada wanita yang berjaya tampil kurus selepas melahirkan anak. Cara yang paling mudah lien boleh kurus selepas bersalin dengan hanya makan bubur masa pantang 44 hari.Sumber protein dan karbohidrat yang ringkas seperti susu,ikan dan biskut juga antara menu utama waktu itu.Lien juga mengambil supplement sebagai makanan tambahan untuk menjamin nutrien yang diperoleh mencukupi. Lien sarankan pada wan

Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil to Foam Pilihan Dalin LienDa WInda

Image
Selama ini ku tercari-cari teman sejati.Akhirnya sudah ku temui.Lalalalala...Korang nak tahu tak kenapa lien happy sangat?Sebab lien dah jumpa solution kepada masalah kulit lien selama ni.Lien ni kerap juga berada di bawah terik mentari,gemar bermekap,seharian berada di tempat berhawa dingin dan kadang-kadang culas minum air putih.Tanpa lien sedari hal tersebut menyumbang kepada masalah kulit kering.Masalah kulit kering sangat menghantui lien.Lien dah temui penyelesaian kepada masalah lien.Lien nak beritahu korang,lien dah jatuh cinta dengan Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil to Foam. 5 SEBAB JATUH CINTA DENGAN NEUTROGENA DEEP CLEAN HYDRATING CLEANSING OIL TO FOAM 2 DALAM 1: PEMBERSIH DAN PENANGGAL MEKAP Yang paling menarik,Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil to Foam boleh digunakan sebagai makeup remover dan juga pembersih.Boleh menjimatkan masa dan wang sekaligus membersihkan wajah sebaik yang mungkin dengan hanya satu cucian. BAU YANG HARUM

Kelebihan MAC MATTE

Image
Assalamualaikum.. Hari ni lien nak share tentang lipstik matte. Dulu lipstik matte ni bukanlah pilihan pertama lien. sebab lien ingat bila kita mempunyai masalah bibir kering lipstik dari jenis matte ni tak sesuai dengan lien. So langsung lien tak berani nak cuba.Tapi sekarang matte ni dah jadi kegilaan lien. Matte sememangnya lipstik yang memiliki formula kering ni sebenarnya lipstik yang menjadi kegilaan ramai wanita. Jom lien share satu tip. Sebelum apply lipstik dari jenis ni, korang ratakan bibir dengan foundation terlebih dahulu. Kemudian barulah apply lipstik ni.  Apakah kelebihan lipstik MAC matte? Long lasting, tekstur lembut, mudah diaplikasikan, tidak membuat bibir terasa kering dan cakey, bibir nampak penuh dan sexy :P .  Terima kasih sudi baca entry ni

Cara Kekal Slim Selepas Bersalin

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hai uols..dah lama rasanya tak update belog ni.Hidup skg ada munge-munge gitu.Eh eh nak taip yang mana satu dulu la ni.Rasa macam banyaknye nak cite kat uols Pic kat bawah ni masa preggy tahun lepas.Berat pada awal kehamilan ialah 44kg.Dan berat terakhir sebelum melahirkan bayi ialah 68kg. Masa ni kandungan berusia 8 bulan lebih Syukur kepada Tuhan, pada 28.12.13 lien selamat melahirkan bayi dan jadi mummy tuk cahaya mata yang pertama.My baby lahir awal 10 hari dari tarikh yang dijangka secara czer.Macam tak percaya ja.Tepuk dahi sket.hehe.Secara tak langsung, keluarga hubby dapat cucu pertama dan ma dan ayoh bulih cucu ke 14. Lien berterima kasih yang amat ko ma kerana menjaga dan memberi tunjuk ajar kepada  lien sepanjang tempoh berpantang. Terima kasih juga kepada keluarga mentua yang datang ke rumah kami tuk lihat cucu pertama mereka dengan macam-macam hadiah.Special thanks tuk hubby la. Ni lah baby lien .Nama dia Aqil A

Kaedah Selamat Pengurangan Berat Badan

Image
Assalamulaikum… Nampaknya lien telah menulis dua entry kat blog untuk hari ni..semuanya gara-gara tak sabar nak share ngan korang.Pagi tadi share resepi ngan korang kan..makan sedap-sedap pastu berat badan naik.Pastu menggelabah tak tentu pasal. Psssttt…lien pun mengalami kenaikan berat badan sebanyak 2kg dalam masa setiap dua minggu.What?????Maknanya dalam masa sebulan berat naik sebanyak 4kg..Oh Nooo!!!Rilek rilek…kenaikan berat badan ni berlaku semenjak lien disahkan hamil pada bulan May 2013 hokehhh…so kenaikan berat badan untuk ibu hamil adalah normal.Masa belum menikah iaitu ketika ‘Aku Masih Dara’ hewhew zaman bujang tang tang lah kan.. berat badan asal lien maintain 44kg.Kalau ikutkan berat badan ideal adalah 45kg.Skg berat dah mencecah 55kg dan dijangka akan naik lagi dan lagi sehingga lah waktu bersalin nanti.Tak tau lah bape kan berat akhir tu.  Berat yang dah naik tu mungkin akan turun dan mungkin juga tidak. Figure mak dara mesti dah tak sama ngan

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE