Syahadah Musim Ke 12 Tajaan EZ Group dan Asianic Bakal Menemui Penonton Sepanjang Ramadhan
Program tonggak RTM iaitu Syahadah musim ke-12 akan menemui penonton setiap hari bermula 26 Mei 2017 sebanyak 30 episod.Tema adalah "Raikan Nur Islam". Untuk pengetahuan semua,Syahadah diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari(UMD) RTM.Dua kumpulan penerbitan ditubuhkan bagi menjayakan program Syahadah.Produksi di Maghribi diketuai oleh Rosli Mohd Nordin, dibantu oleh Ikram Abdul Latif (koordinataor), Muhammad Salem (jurukamera), Muhd Nuh Khairi Mohd Roslan (jurukamera), Mohd Badlyshah Amiruddin (editor) dan Mohammad Nur Ridzuan Abdullah (jurugambar).Penerbitan di Malaysia diketuai oleh Mohd Ridzuan Mohd Anuar dan dibantu oleh Saliza Ibrahim,Amrina Ahmad, Mohd Nazree Mohamed, Mohamad Haikal Hamzah dan Hanif Nordin serta Hafizah Rosli. Rancangan ini ditaja oleh EZ Group dan EZ Qurban. 5 PERKARA TENTANG SYAHADAH MUSIM KE 12 PAPAR KEISTIMEWAAN ISLAM DI MAGHRIBI Penonton Syahadah akan meyaksikan keindahan Islam di Negara Maghribi (Morocco) dan asimilasi