Syahadah Musim Ke 12 Tajaan EZ Group dan Asianic Bakal Menemui Penonton Sepanjang Ramadhan

Program tonggak RTM iaitu Syahadah musim ke-12 akan menemui penonton  setiap hari bermula 26 Mei 2017 sebanyak 30 episod.Tema adalah "Raikan Nur Islam".

Untuk pengetahuan semua,Syahadah diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari(UMD) RTM.Dua kumpulan penerbitan ditubuhkan bagi menjayakan program Syahadah.Produksi di Maghribi diketuai oleh Rosli Mohd Nordin, dibantu oleh Ikram Abdul Latif (koordinataor), Muhammad Salem (jurukamera), Muhd Nuh Khairi Mohd Roslan (jurukamera), Mohd Badlyshah Amiruddin (editor) dan Mohammad Nur Ridzuan Abdullah (jurugambar).Penerbitan di Malaysia diketuai oleh Mohd Ridzuan Mohd Anuar dan dibantu oleh Saliza Ibrahim,Amrina Ahmad, Mohd Nazree Mohamed, Mohamad Haikal Hamzah dan Hanif Nordin serta Hafizah Rosli.

Rancangan ini ditaja oleh EZ Group dan EZ Qurban.

5 PERKARA TENTANG SYAHADAH MUSIM KE 12

PAPAR KEISTIMEWAAN ISLAM DI MAGHRIBI

Penonton Syahadah akan meyaksikan keindahan Islam di Negara Maghribi (Morocco) dan asimilasi budaya mualaf di Malaysia.

PAPAR KISAH IKON DAKWAH

Kisah suka duka kehidupan ikon dakwah saudara baru antaranya Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah,  Ustaz Firdaus Wong yang dikenali sebagai Bro Firdaus, pelakon watak antagonis iaitu Adam Corrie dan Muhammad Roger Arnold akan dikongsi kepada penonton Syahadah  dalam Episod 1 sehingga episod 15.

KEUNIKAN SENI BINA MASJID

Penonton Syahadah juga akan menyaksikan keunikan seni bina masjid di beberapa lokasi seperti  Masjid Zahir di Alor Setar Kedah,Masjid Cina di Melaka, Masjid India di Kuala Lumpur dan Masjid Muhammadiah di Ipoh Perak.

DAKWAH TANPA SEMPADAN

Di ceruk mana pun berada kita tetap saudara sesame Islam.Konsep dakwah tidak mempunyai sempadan Negara. Syarikat EZ Qurban menjengah ke luar Negara untuk  menjalankan ibadat Kurban seperti di Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar, Bangladesh dan beberapa Negara Afrika.Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Islamic Relief dan Aman Palestin membuktikan demi membantu sesame saudara,mereka sanggup mempertaruhkan nyawa dan harta benda sekalipun.

DOKUMENTARI KEHIDUPAN MASYARAKAT MAGHRIBI

Dokumentari kehidupan masyarakat Maghribi akan dipaparkan dalam episod 15 hingga 30.Bingkisan mengetengahkan bagaimana peranan pejabat kedutaan Malaysia di Rabat menjadi ejen kepada Malaysia dan Maghribi menjalinkan hubungan dua hala.

WAKTU SIARAN SYAHADAH

TV1:  6.30 Petang
TV2: 10.30 Pagi

MAJLIS PENYERAHAN TAJAAN SYAHADAH

Pada 21 April 2017 telah berlangsung Majlis  Penyerahan Tajaan Syahadah 2017 bertempat di Angkasapuri,RTM.Jumlah keseluruhan tajaan adalah RM245,600.00.Tajaan merangkumi kos produksi,hadiah kuiz mingguan dan utama.Penaja yang terlibat adalah Syarikat EZ Group iaitu terdiri dari  EZ Qurban,EZ Kembara dan Ainon Kaman serta Asianic.

Antara barisan penaja




Majlis diserikan dengan persembahan Fauziah Gambus

Bersama blogger 

Bersama blogger


Terima kasih sudi baca entry ni.




Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE