Enam Finalis Bintang RTM 2018 Peringkat Akhir


Majlis Sidang Media Bintang RTM 2018 Akhir telah berlangsung pada 2 April 2018 di D'Arina Skyview Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Kumpur. Sidang Media diadakan bertujuan untuk memperkenalkan secara rasmi finalis yang berjaya ke pringkat akhir, konsep serta tema yang akan dibawa pada pentas akhir dan tempat konsert akhir. Majlis ini juga turut memberi lebih banyak ruang lagi kepada finalis, media, blogger dan jemputan yang hadir untuk beramah mesra dan mengenali finalis dengan lebih dekat lagi. Majlis ini diacarakan oleh pengacara DjSonic.
















Untuk pengetahuan, kemuncak Bintang RTM 2018 yang bakal berlangsung pada 7 April 2018 di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam akan disiarkan secara langsung di TV2. Enam peserta yang layak ke peringkat akhir adalah Ferona, Heidi, Hariz, Hafiz, Yasser dan Anna.

Pada pentas akhir Bintang RTM 2018 ini, peserta akan bersaing dalam tiga pusingan diiringi oleh Orkestra RTM yang dipimpin oleh Azman Mustapha. Pusingan pertama peserta akan berduet bersama vokalis band terkenal seperti Sevendays, Sakura Band, Drama Band, Projector Band, iamNeeta dan Ameer Sofaz menyanyikan lagu secara battle dan mash up. Pusingan kedua finalis akan menyampaikan sebuah lagu baru yang digubah khas untuk mewarnai pentas akhir. Pusingan ketiga adalah pusingan battle, peserta lelaki dan perempuan akan menguji vokal masing-masing menerusi lagu yang ditugaskan.

Konsert akhir Bintang RTM 2018 masih lagi mengekalkan penjurian berdasarkan juri tetap. Penjurian diadili oleh tiga juri yang dilantik oleh pihak penerbitan RTM. Artis jemputan Sufian Suhaimi, Dato' Awie dan Ella akan membuat persembahan istimewa pada malam tersebut.


Gambar di bawah adalah gambar close up enam peserta yang akan berentap di Konsert Final Bintang RTM 2018.

Anna

Ferona

Heidi

Hafiz

Yasser

Hariz

Terima kasih sudi baca entry ini. Silakan berkongsi jika bermanfaat.

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE