Sekitar Majlis Pelancaran Telefilem dan Novel "Sesekali"


Majlis pelancaran telefilem dan novel "Sesekali" telah berlangsung pada hari Rabu bertarikh 12 Jun 2019 bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur jam 8.30 pagi. 

Panggung RTM “Sesekali” merupakan sebuah drama yang diilhamkan dari sebuah puisi karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2006 dan diadaptasi menjadi drama terbitan Unit Drama TV RTM dengan kerjasama DBP. 


Drama arahan Hisyamudin Ahmad ini dibintangi oleh Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hariry Jalil, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Noorkhiriah dan Norasmahani Shaari. 

Selain sesi  memperkenalkan barisan pelakon, pengarah, penulis dan pihak yang terlibat dalam menjayakan telefilem ini serta tayangan telefilem, pada hari sama juga turut dilancarkan novel bertajuk “Sesekali” tulisan Lily Haslina Nasir.

Ketulusan menjiwai sesuatu karakter yang dibawa oleh pelakon Beto dan Azhan Rani sememangnya telah diketahui umum dan tak dapat disangkal. Malah mereka sendiri juga turut memuji kehebatan bakat lakonan oleh si cilik yang dipamerkan dalam telefilem Sesekali.

Saksikan telefilem "Sesekali pada malam ini, 14 Jun 2019  (Jumaat) jam 9.30 malam di TV2 I MyKlik RTM I rtm mobile.










Benarkah telefilem Sesekali ini boleh meruntun jiwa dan mampu membuatkan penonton menitiskan air mata?Semuanya akan terjawab pada malam ini.

Terima kasih sudi baca entry ini.

Sila ikuti saya di semua platform media sosial yang tertera di bawah:

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE