Anugerah Nasyid Malaysia 2020 di TV1

 


Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) merupakan acara bersejarah malam pengiktirafan dan penghormatan tertinggi bagi penggiat industri nasyid  oleh Munsyid Malaysia. Radio Televisyen Malaysia (RTM) dipilih sebagai penyiar rasmi. 

Buat julung kalinya anugerah nasyid dapat disampaikan penuh berprestij dengan penglibatan dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Juga turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pusat Pengutan Zakat – (MAIWP) sebagai rakan strategik ANAM 2020.

Kategori Pertandingan

Lagu Nasyid Terbaik
Lirik Nasyid Terbaik
Susunan Muzik Nasyid Terbaik
Vokal Nasyid Terbaik 
Rakaman Lagu Nasyid Terbaik
Video Muzik Nasyid Terbaik
Artis Nasyid Pilihan
Artis Nasyid Baru Pilihan 
Artis Nasyid Nusantara Pilihan

Anugerah Khas

Anugerah Kembara
Anugerah Khalifah

Persembahan Istimewa

Artis terkenal Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers dan Inteam memberikan persembahan istimewa untuk peminat. Begitu juga penampilan nyanyian daripada Dato’ Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar, dan Colour of Voices akan turut menghiburkan penonton. 

Penyampai Anugerah

Selebriti yang bakal tampil di pentas ANAM 2020 sebagai penyampai anugerah adalah Altimet, Dato’ Nash, Along Exist dan IM Ashraf.

Pengacara

ANAM 2020 menampilkan pengacara popular Farah Fauzana bersama artis nasyid terkenal Hafiz Hamidun yang mana gandingan mereka berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan dan pengetahuan mendalam dalam bidang nasyid tanah air. 

Waktu Siaran

Saksikan siaran langsung Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) menerusi saluran TV1 pada 27 Disember 2020, pukul 9.00 malam.

Undi

Yang paling penting, jangan lupa undi artis nasyid kegemaran korang tau. Tekan link di bawah untuk mengundi.


Ikuti saya di semua media sosial di bawah:

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE