SINGLE TERBARU YASSER SHARIFUDIN – GENDERANG CINTA

 


Entry pada kali ini berkisar tentang Yasser Sharifudin serta single terbaru Genderang Cinta. Yasser Sharifudin merupakan artis solo yang bergerak sendiri serta optimis untuk terus mengorak langkah dalam industri muzik tanah air.

Saya ingin berkongsi sedikit latar belakang tentang seorang yang bernama Yasser Sharifudin ini. Yasser Sharifudin atau nama penuhnya Muhammad Yasser Bin Sharifudin, penyanyi baru kelahiran Kuala Lumpur ini mula minat menyanyi sejak umur 10 tahun lagi atas  faktor minat yang mendalam serta turut mendapat galakan dari arwah ibunya.

Untuk pengetahuan juga, Yasser Sharifudin pernah menyertai program pertandingan berprestij terbitan RTM iaitu Bintang RTM pada tahun 2018 dan berjaya menjadi finalis ke peringkat akhir Bintang RTM 2018. Yasser berduet bersama Ameer Sofazr menggegarkan CIDB dengan lagu Pelesit Kota vs Duit dan juga turut menyampaikan lagu baru ciptaan Syamel bertajuk Lumrah Cinta. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut namun Bintang RTM adalah platform terbaik untuk Yasser mengetengahkan bakatnya.

Yasser Sharifudin bersama Hafiz Zainal dan juga peserta lain di pentas konsert Bintang RTM 2018 Minggu Pertama


Yasser Sharifudin di pentas konsert Bintang RTM 2018 Minggu Kedua

Yasser Sharifudin di pentas konsert Bintang RTM 2018 Minggu Ketiga


Yasser Sharifudin di pentas konsert Bintang RTM 2018 Minggu Kelima


Yasser Sharifudin bersama Heidi Moru di pentas konsert Bintang RTM 2018 Minggu Keenam


Yasser Sharifudin di pentas konsert Bintang RTM 2018 Minggu Ketujuh

Yasser Sharifudin di pentas konsert Bintang RTM 2018 Minggu Kelapan


Yasser Sharifudin di pentas konsert Bintang RTM 2018 Minggu Kesembilan


Yasser bersama finalis dari kiri Hafiz Zainal, Hariz Fahayet, Heidi Moru, Anna Hanifaa dan Ferona serta diapit dua pengacara Aqasha dan Misha Omar di pentas konser Bintang RTM 2018 Akhir


Terdahulu Yasser pernah muncul dengan dua single iaitu Lumrah Cinta dan Gusar. Sedikit flashback, Gusar adalah lagu yang dicipta untuk Yasser selepas saya mengikuti konsert bintang RTM 2018 hampir setiap minggu dan mendengar kepelbagaian penyampaian dalam lagu oleh Yasser. Saya sebagai blogger yang mendapat jemputan untuk membuat liputan sidang media, separuh akhir dan konsert akhir bintang RTM 2018 tidak melepaskan peluang untuk hadir hampir setiap minggu menonton konsert Bintang RTM 2018. Sebaik sahaja Yasser selesai dengan program Bintang RTM 2018, beberapa bulan kemudian saya mencuba nasib approach Yasser untuk menyampaikan lagu yang saya keluarkan sendiri. Saya berkolaborasi sebagai penerbit lagu ini, selaku penulis lirik juga bersama komposer Alipp Aripin dan Yush untuk mencipta lagu Gusar khas untuk Yasser.

Mengenai single terbaru pula, iaitu Genderang Cinta adalah lagu yang bergenre pop etnik/tradisional. Lagu yang berunsurkan nasihat ini menggambarkan bagaimana perasaan seseorang itu apabila ingin memasuki alam rumah tangga serta berkisar tentang asam garam rumah tangga.

Lagu genderang cinta ini adalah pendekatan berhikmah dalam memberi nasihat secara tidak langsung kepada yang sudah berumah tangga dan belum berumah tangga. Kepada diri sendiri juga..Amalan menasihati sesama kita itu adalah amalan mulia kerana kita sebagai manusia sering terlupa dan berharap lagu ini memberi manfaat kepada masyarakat.

Sedikit coretan bagaimana saya mengadun tinta Genderang Cinta. Saya mendapat ilham dari perkataan gendang itu sendiri untuk menulis lirik lagu ini. Pada tahun lepas ketika berbual melalui telefon bersama kembar saya, beliau memberitahu saya  mahu pergi menjemput anaknya pulang dari aktiviti sekolah latihan bermain alat muzik gendang. Definisi rumah tangga itu sendiri adalah perihal rumah dan kehidupan dalam rumah, rumah dengan keluarga yang mendiaminya serta berumah tangga. Saya umpamakan seperti kita memukul gendang..ada bermacam-macam bunyi yang boleh didengari. Begitulah saya umpamakan kehidupan alam rumah tangga dalam lagu Genderang Cinta ini, kehidupan rumah tangga ada pasang surutnya jadi saling sayang menyayangi, kesabaran serta saling bertolak ansur dan bermaafan adalah kunci utama supaya rumah tangga aman sentosa.

Pasukan yang terlibat menghasilkan lagu Genderang Cinta saya rumuskan di sini: Dalin LienDa (Lirik ), Ili Akmal (Komposer) serta Hazwan Ariff dan Syahir Miswan dari Longan Garage Studio (Susunan Muzik).

Mengenai muzik video lagu Genderang Cinta, adalah sebuah muzik video yang ringkas sahaja menampilkan penari Aida, Amer, Kina dan Adha.

Lagu Genderang Cinta telah dikeluarkan secara digital di semua pelantar penstriman pada 17 Februari 2023 termasuk Spotify, iTunes, Apple Music KKBox,  Akazoo, Diskograf, Shazam, Amazon dan banyak lagi. Muzik Video Genderang Cinta pula telah dilancarkan di saluran Youtube Fusion Records MY pada 17 Februari 2023 jam 4 petang.



Untuk melihat lirik lagu Genderang Cinta: 
Lirik lagu Genderang Cinta Yasser Sharifudin


Strim lagu Genderang Cinta di platform kegemaran anda: 
Genderang Cinta - Yasser Sharifudin


 VIDEO



Terima kasih sudi baca entry ini.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

Azam

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE