Catatan Dalin LienDa: Cetusan Ilham Lirik Kunang-Kunang Cinta - Hani Nosha, Achah Saputra

Kunang-kunang Cinta. Ilham tercetus saat melihat lampu kecil yang comel di waktu malam ketika saya berada di sebuah kedai makan di tingkat atas. Saya berada di situ dari sebelum senja sehingga sesudah senja.Makan sambil menenangkan fikiran selepas pulang dari kerja. Di saat itu juga otak tengah serabut. Namun berada di situ saya merasa damai seketika. Sambil menikmati char kuey teow goreng dan air kelapa. Suasana pemandangan itu benar-benar menjadi sumber ilham dan memberikan saya inspirasi untuk menulis bait-bait lirik Kunang-kunang cinta. Minda larut dalam suasana pemandangan waktu itu dan otak mula mengarang bait-bait lirik.

Bila dah dapat draf lirik terus saya hantar ke whatsapp group tanpa menyemak adakah bait-bait yang saya karang itu sudah bagus atau tidak. Berdebar jugalah sebab pertama kali berkolaborasi dengan komposer dari Fusion Records My iaitu Achah Saputra dan Zulfiqor. Bila whatsapp dah blue tick tu dan Achah reply okay dia akan terus cipta melodi .Fuhh lega. Achah Saputra mencantikkan lagi bait-bait lirik di bahagian korus. Bahagian verse kekal cuma dia kasi ngam sahaja dengan melodi. Masa sesi rakaman vokal saya juga dijemput untuk datang. Bila sesi rakaman selesai dan dengar keseluruhan rakaman vokal pada hari tersebut. Kemudian saya cantikkan sedikit lagi di perenggan akhir lirik  supaya lebih sampai maksud cerita dalam lagu ini.

Nak tahu kisah lirik lagu Kunang-kunang Cinta tentang apa? Nanti saya update di next entry okay. Yang penting kalian kena dengar dulu lagu ini. Dah tak sabar tunggu 14 Oktober 2023, Kunang-kunang cinta bakal dilancarkan di semua platform digital . Kunang-kunang Cinta akan hadir menemani hidup kalian.

Dari kiri Achah Saputra, Hani Nosha, Dalin LienDa, Zulfiqor





Terima kasih sudi baca entry ini. 


 

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE