ILI AKMAL DAN ALIFF THE CHAMP MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARU BERJUDUL I LOVE MYSELF

 


Entry kali ini berkisar tentang Ili Akmal dan Aliff the Champ yang merupakan artis baharu indie serta single terbaru I Love Myself. Terkini Ili dan Aliff muncul sebagai duo dalam lagu terbaru pop inggeris berjudul I Love Myself. Sebelum ini Ili pernah muncul dalam 2 single iaitu Bangkit dan Move On serta pernah berkolaborasi bersama Aliff sebagai cameo dalam lagu Move On pada tahun 2020.

Jom ikuti sedikit perkongsian latar belakang kedua-dua artis baharu ini. Ili Akmal merupakan seorang penyanyi dan komposer baharu manakala Aliff atau nama penuhnya, Aliff Al-Farabby Bin A.Rahim seorang figura yang tidak asing lagi dalam bidang penyiaran serta di kalangan pendengar radio kerana beliau merupakan seorang penyampai radio dan sekarang memulakan langkah dalam industri muzik sebagai rapper.

Ili Akmal atau nama penuhnya Ili Akmal Binti Mohd Razif, penyanyi baru kelahiran Sungai Petani, Kedah ini mula menulis lagu sejak kecil dari usia 8 tahun lagi dan Ili mula serius membentuk vokal sejak berumur 17 tahun. Tanpa Ili menyedari dengan bakatnya yang ada dan juga  kerana minat yang begitu mendalam dalam seni muzik,  Ili menyertai kelas vokal dan songwriting sejak tahun 2013 sehingga 2020. Antara kelas vokal yang Ili pernah turut serta bersama Cikgu Shah Shaarani (guru vokal AF), Mark Adam dan Yana Fauzi (Suara Academy) serta  vokal dan songwriting dari Cikgu Amir Jahari (Pondok Seni). Untuk pengetahuan semua, saya berkenalan dengan Ili ketika mengikuti kelas muzik di Pondok Seni. 

Mengenai single terbaru pula dari Ili Akmal dan Aliff the Champ yang berjudul ‘I Love Myself’, lagu ini adalah hasil ciptaan liriknya dari saya sendiri & Ili Akmal (Lirik), Ili Akmal (Komposer) dan Longan Garage Studio (Susunan Muzik). Lagu ini diterbitkan oleh Fusion Records MY. Lagu  dikeluarkan secara digital di semua pelantar penstriman pada 25 Mac 2022 termasuk Joox, Spotify, iTunes, Apple Music KKBox dan Akazoo. Muzik Video ‘I Love Myself’ telah dikeluarkan di Saluran Youtube Fusion Records My pada 27 Mac 2022. Muzik Video ini memakan masa selama 2 minggu untuk disiapkan walaupun kelihatan seperti muzik video yang ringkas. Muzik video ini hasil kerja dari saya dan Faeez (Memorable Photography Services).

Ili Akmal

Aliff the Champ

Untuk mendengar lagu terbaru Ili Akmal dan Aliff the Champ ini boleh ke youtube dan digital plattform kegemaran anda seperti Joox, Spotify, iTunes, Apple Music, KKBox, Akazoo.

Subscribe youtube channel I Love Myself - Ili Akmal & Aliff the Champ (Official Music Video)

Juga boleh lawati website fusion records MY 
I Love Myself - Ili Akmal & Aliff the Champ


VIDEO


Ikuti saya di semua platform media sosial di bawah: 
Twitter Facebook Instagram Youtube Channel

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE