DJ ALIFF DALAM SEGMEN NASIONAL 5-8 DI NASIONAL FM

 


Entry kali ini berkisar tentang seorang figura yang dikenali dalam dunia penyiaran. Semestinya nama DJ Aliff  atau Aliff Al-farabby Bin A.Rahim sudah tidak asing lagi bagi pendengar setia Nasional FM. Penyampai radio berkaliber dan berpengalaman ini sudah berkhidmat selama 9 tahun di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum ini, Dj Aliff pernah bertugas di Galaksi Muzik dan Muzik FM Online selama 4 tahun.

Pengalaman dan minat yang mendalam sebagai Penyampai Radio, membuatkan Aliff tidak kekok untuk muncul dalam pelbagai segmen di Nasional FM iaitu segmen GBH (Geng Burung Hantu) 12 tengah malam sehingga 6 pagi, Nasional 6 petang hingga 12 tengah malam dan terkini Dj Aliff mengendalikan segmen Nasional 5-8 di Nasional FM yang ke udara  setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 5 petang hingga 8 malam.

Aliff tidak keseorangan mengendalikan segmen ini. Beliau bergandingan bersama rakan penyampai Ranie. Turut sama dibantu oleh Qhaliff dan Nadia.

Walaupun segmen Nasional 5-8 menyasarkan pendengar dari kalangan usia antara 25 hingga 40 tahun. Namun Aliff tetap sedaya upaya menyampaikan yang terbaik supaya lebih ramai lagi pendengar dari pelbagai generasi tertarik dan meminati segmen ini.

Segmen Nasional 5-8 ini menyiarkan lagu-lagu dari 80an sehingga 2000,  informasi trafik dari Lembaga Lebuhraya Malaysia serta mengajak pendengar untuk turut sama berkongsi pandangan mengenai sesuatu topik secara santai supaya lebih dekat lagi dengan pendengar. Pendengar boleh melontarkan pandangan tentang topik menarik dan santai yang diutarakan melalui panggilan telefon atau pun komen di ruangan fb live Nasional FM ketika program tersebut ke udara.

Pendengar boleh mendengar segmen Nasional 5-8 ini di Nasional FM melalui saluran radio frekuensi mengikut negeri masing-masing, portal rtmklik.rtm.gov.my dan juga aplikasi RTM Mobile.

Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada pendengar-pendengar setia Nasional FM kerana sentiasa memberi sokongan kepada beliau dan pengurusan Nasional FM.

Untuk pengetahuan juga, Dj Aliff turut muncul dalam single berjudul Move On bergandingan bersama dengan penyanyi baru Ili Akmal yang juga merupakan komposer lagu tersebut terbitan Fusion records MY. Lirik ditulis oleh saya sendiri Dalin LienDa. Boleh dengar di youtube channel Fusion Records MY dan strim di semua pelantar kegemaran kalian Spotify, Joox, ITunes, Apple Music dan sebagainya.

Klik di sini untuk mendengar single Move On - Ili Akmal feat Aliff the Champ.




Terima kasih sudi membaca entry ini. Silakan berkongsi jika bermanfaat.

Ikuti saya di semua platform media sosial.

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE