Program Menarik dan Istimewa KLfm Rentak Interaktif Kota Sempena Aidilfitri 2021

Entry pada kali ini, perkongsian tentang program yang bakal ke udara Aidilfitri ini di saluran radio RTM, KLfm-Rentak Interaktif Kota (97.2). Warga kerja radio sudah bertungkus lumus dari awal lagi meyediakan program istimewa dan menarik ini bagi meraikan dan menghiburkan pendengar setia KLfm sempena hari raya.

Lapan program termasuklah bual bicara, nyanyian live artis terkenal, drama muzikal, dan permintaan lagu pendengar dibawakan bermula raya pertama hingga raya keempat khas untuk pendengar setia stesen pilihan warga kota ini.


“Al-Zikra Istimewa Aidilfitri” (13 hingga 15 Mei ini, pukul 6.30 pagi)

Menampilkan barisan pendakwah terkemuka iaitu Ustaz Muhadir Hj Joll, Ustaz Wan Shohor Bani Leman dan Ustazah Nurul Hidayah. Berkongsi mengenai adab dalam Islam sirah Rasulullah SAW dan perkara-perkara sunat ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri.



“Diari Raya Mualaf” (13 hingga 15 Mei ini, pukul 11.10 pagi)

Memaparkan kisah perjalanan seorang mualaf yang baru mengenali Islam dan melalui pengalaman pertama menyambut Ramadan dan meraikan Syawal.




“Live@KLfm Istimewa Aidilfitri” (15 hingga 22 Mei ini, pukul 10.00 pagi)

Program berkonsepkan nyanyian lagu-lagu raya secara live daripada artis undangan Mimifly dan Ronnie Hussain serta penyampai KLfm.



“KLfm Orkestra Raya” (13 hingga 15 Mei ini, pukul 2.00 petang)

Sebuah rancangan khas Syawal 2021 yang mempersembahkan lapan buah lagu diiringi para pemuzik daripada Band Akustik secara akustik. Artis undangan Black dan Aina Abdul.



“Raya Barisan Hadapan” (13 hingga 15 Mei ini, pukul 4.00 petang)

Menceritakan kisah petugas barisan hadapan yang tetap berjuang untuk memutuskan penularan pandemik Covid-19 serta cabaran yang dihadapi sepanjang bulan Ramadan dan Syawal 2021.



“Coklat Chip Boom Boom!” (13 hingga 15 Mei ini, pukul 6.15 petang)

Drama muzikal yang menyelitkan mesej-mesej bermanfaat yang telah disesuaikan dengan konteks masyarakat majmuk Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Senario yang berlaku dalam drama ini dilakonkan dalam bentuk muzikal diringi oleh live band yang bertemakan lagu Hari Raya. Bersama-sama barisan artis Nabila Razali, Zizi Kirana, Aiman Tino, Raja Azura, Saiful Apek, Bell Ngasri, Sangeeta Krishnasamy dan Douglas Lim.



“Teh Tarik 1 KLfm Istimewa Raya 2021” (13 hingga 15 Mei ini, pukul 9.30 malam)

Menampilkan persembahan nyanyian daripada artis-artis tempatan seperti Tajul, Yonny Boy, Luqman Faiz, Ramlah Ram, Neeta Manis dan Radityo yang mendendangkan lagu-lagu raya klasik dan terkini.



“Laguku@KLfm Istimewa Raya 2021” (16 Mei ini, pukul 10.00 malam)

Program yang memberi peluang kepada pendengar KLfm yang bertuah menyampaikan permintaan lima lagu kegemaran untuk disiarkan. Penyampai radio yang bertugas juga akan berinteraksi secara langsung bersama pendengar tersebut.  



Ikuti saya di semua platform media sosial di bawah:
Twitter Facebook Instagram Youtube Channel

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Warkah dari Firenza

VIDEO