Posts

Showing posts with the label Event

Pencarian Bakat Kanak-kanak untuk Telefilem " Bisik-Bisik"

Image
Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang pencarian bakat kanak-kanak untuk telefilem bertajuk " Bisik-Bisik". Untuk makluman, ujibakat pelakon kanak-kanak akan diadakan pada  17 Februari 2020 (Isnin), pukul 1.00 hingga 5.30 petang, bertempat di Unit Drama TV RTM (UDTV RTM), Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Uji bakat terbuka kepada kanak-kanak berusia dari 5 hingga 10 tahun. Hisyamudin Ahmad   iaitu  salah seorang pengarah di UDTV RTM, sangat  mengalu-alukan penyertaan uji bakat untuk telefilem terbaharu arahannya bertajuk “Bisik-Bisik”.  Menurut beliau , pemilihan berdasarkan keperluan karakter dalam naskah ini diangkat untuk menonjolkan kisah komuniti anak-anak yatim yang terpaksa berjuang untuk kelangsungan hidup. Berikut beberapa tip sebagai persiapan s ebelum hadir sesi uji bakat:   Grooming! (Dandanan)     Bakat   Hafal skrip/lagu   Datang awal dan tepati masa   Senyum   Sikap   “Percaya yang datang mesti ada sesuatu untuk

Uji bakat Bintang Klasik 2019

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Radio KLASIK terus mempopularkan dan mengangkat martabat lagu-lagu irama Melayu Klasik, popular malar segar serta nostalgia daripada filem-filem Melayu lama menerusi penganjuran pencarian bakat Bintang Klasik 2019. Merupakan edisi yang kelapan, tahun ini menyaksikan pencarian bakat dilaksanakan untuk zon Semenanjung dan Zon Sabah dan Sarawak sahaja. Uji bakat untuk zon Semenanjung akan diadakan pada 27 Julai dan 28 Julai 2019 (Sabtu & Ahad), di Auditorium P.Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Seterusnya sesi uji bakat untuk zon Sabah dan Sarawak akan dijalankan serentak pada 3 Ogos 2019 (Sabtu) di Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah (RTM Sabah) dan Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM Sarawak) bermula 9.00 pagi hingga 5 petang. Penyertaan terbuka kepada peserta berumur 16 hingga 30 tahun, yang dikehendaki memilih dan menyanyikan satu (1) buah lagu daripada tahun 50an hingga 90an

Sekitar Majlis Pelancaran Telefilem dan Novel "Sesekali"

Image
Majlis pelancaran telefilem dan novel "Sesekali" telah berlangsung pada hari Rabu bertarikh 12 Jun 2019 bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur jam 8.30 pagi.  Panggung RTM “Sesekali” merupakan sebuah drama yang diilhamkan dari sebuah puisi karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2006 dan diadaptasi menjadi drama terbitan Unit Drama TV RTM dengan kerjasama DBP.  Drama arahan Hisyamudin Ahmad ini dibintangi oleh Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hariry Jalil, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Noorkhiriah dan Norasmahani Shaari.  Selain sesi  memperkenalkan barisan pelakon, pengarah, penulis dan pihak yang terlibat dalam menjayakan telefilem ini serta tayangan telefilem, pada hari sama juga turut dilancarkan novel bertajuk “Sesekali” tulisan Lily Haslina Nasir. Ketulusan menjiwai sesuatu karakter yang dibawa oleh pelakon Beto dan Azhan Rani sememangnya telah diketahui umum dan tak dapat disang

Pemenang Bintang RTM 2018 Peringkat Akhir

Image
Bintang RTM 2018 telah pun melabuhkan tirainya. Siapakah juara yang Bintang RTM 2018?  Hariz Juara Bintang RTM 2018 Nampaknya Bintang Hariz telah bersinar pada malam Konsert Akhir Bintang RTM 2018 dan telah dinobatkan sebagai juara. Pada pusingan pertama Hariz berduet bersama Mel vokalis band Sakura  secara battle dan mash up dengan lagunya Fantasy vs Polaroid. Pada pusingan kedua Hariz menyampaikan lagu baru ciptaan Manusia Putih bertajuk Yang Terbaik .  Persembahan secara keseluruhan dan vokal Hariz telah berjaya memikat hati juri. Hariz dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 2018. Hariz juga memenangi kategori vokal terbaik pada malam tersebut. Hariz membawa pulang hadiah tempat  pertama berupa wang tunai bernilai RM 20,000 berserta trofi dan RM 5000 untuk vokal terbaik. Naib Juara disandang oleh Heidi membawa pulang hadiah bernilai RM15,000 berserta trofi. Heidi berduet bersama Arul Sevendays menyampaikan lagu Akad vs Memori. Pada pusingan kedua, Heidi menyampaikan

Sekitar Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018

Image
Enam peserta berjaya mara ke peringkat separuh akhir Bintang RTM 2018. Barisan peserta Konsert Separuh Akhir adalah Hafiz Zainal, Hariz, Yasser, Heidi, Anna dan Ferona. Mereka berentap untuk menempah tiket ke peringkat akhir. Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri disiarkan secara langsung di TV2. Penyanyi hebat Nora telah membuat persembahan pembukaan untuk Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018. Semua peserta yang bertanding membuat persembahan dengan menyampaikan lagu daripada cabaran peminat dan cabaran juri.  Pusingan pertama (Cabaran Peminat) : Hafiz Zainal - I Won't Give Up Heidi - Makhluk Tuhan Paling Seksi Anna - Akhirnya Kini Pasti Hariz - Chandelier Ferona - Never Loved A Man Yasser - Kasihnya Ibu Pusingan Kedua (Cabaran Juri) : Hafiz Zainal - How Long Heidi - Rolling In The Deep Anna - Terlalu Istimewa Hariz - When I Was Your Man Ferona - Penglipur Lara Yasser - Roman

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE