Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan secara maya

 


Dalam usaha menyemarakkan pembudayaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM, RTM Negeri-negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Johan Johan Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung selama 5 hari berturut-turut mulai 22 hingga 26 Oktober 2021 secara maya. Disiarkan di TV1 pada 22, 24 dan 25 Oktober 2021 manakala di saluran TV Okey pada 23 dan 26 Oktober 2021, 9.00 hingga 10.30 malam.

Majlis ini merupakan alternatif kepada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1442 H/ 2021 yang telah ditangguhkan ke tahun akan datang berikutan situasi semasa peningkatan kes jangkitan COVID-19. Majlis yang berlangsung di Studio Utama Yusoff, dan Studio Mini AlQasas di Kompleks Islam Putrajaya dan 10 Studio RTM Negeri di seluruh negara.

Penganjuran majlis ini dirasmikan pembukaannya oleh YB Senator Tn Hj Idris bin Hj Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan akan disempurnakan perasmian penutupannya oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 26 Oktober 2021.

Majlis ini disertai oleh 26 orang qari dan qariah Johan Johan Tilawah Kebangsaan serta jemputan khas yang mewakili semua negeri di Malaysia. Program ini berkonsepkan persembahan bacaan al-Quran secara bertarannum oleh para Qari/ Qariah yang pernah menjadi Johan MTHQK pada tahun-tahun yang lalu dan program ini tidak melibatkan sebarang pertandingan.

Penonton dapat menyaksikan kehidupan terkini qari qariah ini dan  mendengar alunan serta lontaran suara qari-qariah hebat yang pernah mewarnai persada musabaqah dan tilawatul Quran di Malaysia seperti Datuk Hajjah Faridah Mat Saman (1964, 1965, 1972, 1976, 1977, 1989, 1990, 1991), Puan Hajjah Umi Kalthum Binti Md Zin (1993, 1994, 2003), Puan Hajjah Rahmas Abdullah (1984, 1985, 1992, 1995, 1996), Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (2000 & 2004) Cik Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohammad Badiuzzaman (2008 & 2009) di samping generasi pelapis seperti En. Muhammad Qayyim Nizar Sarimi (2020) dan Cik Nor Farhatul Fairuzah binti Panut (2019).

Terdapat juga persembahan selama 5 malam majlis ini oleh Inteam dan Khai Bahar lagu Setanggi Syurga, Lah Ahmad (Salam), Raihan dan Aliff Satar (Sesungguhnya), Zayn dan Lah Ahmad (Iktiraf), Soutul Amal (Awwal Kalam), Khai Bahar (Cahaya 114), Far East (Syahadah), Hijjaz (Janji Khalifah), Faizal Tahir dan Mirwana (Tanpa Cintamu) juga kemunculan Datuk Nash, Datuk Hattan, dan Datuk Malek Riduan menyampaikan lagu Akhirat Di Depan.

Program pada kali ini mengetengahkan pengisian ibrah mantap dan mengusik perasaan oleh selebriti JAKIM Ustaz Hariri Daud dan Ustazah Nazirah Abu Bakar. Pengisian ibrah menggunakan teknologi terkini Augmented Reality ini diharapkan dapat menzahirkan pengertian yang lebih baik terhadap ayat-ayat Al-Quran.








Ikuti saya di semua platform media sosial di bawah:

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE