Resepi - Roti Goreng

Assalamualaikum..

Cuti hujung minggu kali ni, lien berkesempatan sediakan menu ni. Bukan senang tau hari minggu untuk menghabiskan masa berada di rumah. Selalu outstation teman hubby. Kalau tak outstation  pun mesti ada aktiviti lain. Bulan Ramadhan ni ada sedikit kelapangan. Okay...lien nak share resepi yang lien uli dengan penuh kasih sayang ni dengan uols..hehhe.Lien sediakan juadah ni khas tuk amsyar dan daddy amsyar.Bagi yang nak mencuba..jom.Mana tau kot dapat bagi idea kat korang yang tengah kekeringan idea nak masak apa lagi kan. Resepi ni senang dan sangat mudah. 

Bahan-bahan :

Tepung Gandum 
Telur
Buttercup
Mauripan
Sedikit Garam 
Sedikit Gula
Minyak masak

Inti:
Filamen Ketam
Sayur campur (kekacang, lobak merah, jagung). Sayur campur ni lien beli yang dah siap dalam peket tu.
Mayonis


Cara-cara membuat inti:

Rebus ja dalam periuk sayur campur dan filamen ketam tu.Masukkan garam sikit ja tau. Agak-agak air dah mendidih,sejat la letak dalam bekas.Kemudian, gaul la bahan-bahan yang direbus tadi bersama dengan mayonis dengan penuh kasih sayang.



Cara-cara membuat roti goreng:

Campurkan tepung gandum, mauripan, telur, buttercup, garam dan gula.Uli dengan penuh kasih sayang sampai jadi doh.Biarkan seketika sehingga doh kembang semangkuk.Ngeh ngeh.


Kemudian adunan doh tadi tu bentukkan menjadi  bulatan kecil macam gambar di bawah ni.Nak besar ke kecil ke terpulang kepada citarasa korang lah yer.


Dah siap boleh la letak inti kat dalam tu.Panaskan minyak, goreng dengan api yang sederhana.

Roti goreng berinti sayur campur

Ni lah hasilnya roti goreng air tangan lien.Selamat mencuba. Selamat berbuka puasa.

Terima kasih sudi baca entry ni



Comments

Unknown said…
Nyum... Nyum... nampak sedap ni. Terliur ni.
Nak cubalah resepi lien ni.
uMMiey aLa said…
Tq share resepi.

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE