Posts

STESEN RADIO MUZIKFM BERWAJAH BARU KEMBALI BERSAMA PENDENGAR

Image
Adakah anda salah seorang pendengar stesen radio muzikfm sebelum ini? Menariknya entry kali ini berkisar tentang stesen radio muzikfm. Stesen radio muzikfm yang berwajah baru yang terkenal dengan tagline stesen muzik anda telah dilancarkan semula pada 13 Februari 2024 di Tanjung Piai sempena sambutan hari radio sedunia dengan nama MUZIKfm RTM. Antara segmen di MUZIKfm RTM iaitu Rilex @ muzikfm (6am-12pm), Chill @ muzikfm (12pm-6pm), Santai @ muzikfm (6pm-12am), Night therapy @ muzikfm (12am-6am). Terdapat juga segmen permintaan lagu iaitu segmen 'Layan muzikfm' di mana slot ini lagu-lagu yang disiarkan adalah berdasarkan permintaan pendengar pada setiap Sabtu jam 9 malam hingga 11 malam. Permintaan lagu boleh dibuat di media sosial MUZIKfm RTM  iaitu facebook , instagram atau email di muzikfm@rtm.gov.my. Penyampai radio MUZIKfm RTM adalah DJ Aliff Al-farabby dan DJ Azwan. MUZIKfm RTM juga memperkenalkan penyampai radio AI dikenali sebagai DJ AiRa. DJ Aliff yang sebelum ini

“BORAK DULU BARU BUKA” MUSIM KE-4 DI TV1 RTM

Image
  RTM menyiarkan program temu bual santai yang memasuki tahun keempat sudah menemani penonton menjelang waktu berbuka puasa iaitu “Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini” sepanjang Ramadan ini, pukul 6.45 petang bermula 11 March 2024 di TV1. Program diterbitkan oleh Unit Hiburan TV RTM ini mengekalkan gandingan pengacara Khir Rahman, Amin Idris dan Wany Hasrita yang sememangnya keserasian mereka ini sangat dinantikan penonton setia program ini. Progam temu bual 31 episod berkonsepkan perkongsian ilmu  bermanfaat yang disampaikan secara santai ini, merangkumi semua aspek pengisian ilmu agama, drama, nyanyian, hiburan, lawak spontan dan lain-lain. Program ini sesuai ditonton ketika berkumpul seisi keluarga menjelang waktu berbuka puasa. Antara topik berkaitan ilmu kesihatan, kekeluargaan, motivasi dan pelbagai lagi.Program yang mendapat respon baik tanpa mengira agama, kaum dan budaya ini membawa pendekatan fiqh yang lebih meluas dan mempermudahkan penyampaian ilmu contohnya berkaitan hu

Lirik Kunang-Kunang Cinta - Hani Nosha, Achah Saputra

Image
  KUNANG-KUNANG CINTA [ Verse ] Tak mahu ku jadi mawar Berduri menyakiti dihidupmu Bila layu mati diwaktu suasana hening Kala musim berganti Tak mahu ku melewatkan Waktu bersama belahan jiwaku Oh mawarku penyeriku bersamamu impianku Sampai akhir hayatku [ Chorus ] Bila malam berganti malam Cinta yang datang tak pernah hilang Sinar yang indah bak kunang-kunang Menghidupkan malam [ Verse ] Tak mahu ku melewatkan Waktu bersama belahan jiwaku Oh mawarku penyeriku bersamamu impianku Sampai akhir hayatku [ Guitar Solo ] [ Chorus ] Bila malam berganti malam Cinta yang datang tak pernah hilang Sinar yang indah bak kunang-kunang Menghidupkan malam Engkau cinta yang aku damba Walau bersimpang duri menjalar Cinta mewarna bak kunang-kunang Menghias angkasa Bila malam berganti malam Cinta yang datang tak pernah hilang Sinar yang indah bak kunang-kunang Menghidupkan malam Engkau cinta yang aku damba Walau bersimpang duri menjalar Cinta mewarna bak kunang-kunang Menghias angkasa [ Outro ] Kaulah caha

Catatan Dalin LienDa: Cetusan Ilham Lirik Kunang-Kunang Cinta - Hani Nosha, Achah Saputra

Image
Kunang-kunang Cinta. Ilham tercetus saat melihat lampu kecil yang comel di waktu malam ketika saya berada di sebuah kedai makan di tingkat atas. Saya berada di situ dari sebelum senja sehingga sesudah senja.Makan sambil menenangkan fikiran selepas pulang dari kerja. Di saat itu juga otak tengah serabut. Namun berada di situ saya merasa damai seketika. Sambil menikmati char kuey teow goreng dan air kelapa. Suasana pemandangan itu benar-benar menjadi sumber ilham dan memberikan saya inspirasi untuk menulis bait-bait lirik Kunang-kunang cinta. Minda larut dalam suasana pemandangan waktu itu dan otak mula mengarang bait-bait lirik. Bila dah dapat draf lirik terus saya hantar ke whatsapp group tanpa menyemak adakah bait-bait yang saya karang itu sudah bagus atau tidak. Berdebar jugalah sebab pertama kali berkolaborasi dengan komposer dari Fusion Records My iaitu Achah Saputra dan Zulfiqor. Bila whatsapp dah blue tick tu dan Achah reply okay dia akan terus cipta melodi .Fuhh lega. Achah Sapu

Blues Gang bakal meriahkan pentas Auditorium Perdana Angkasapuri Kota Media

Image
  Entry pada kali ini saya cukup teruja ingin menyebarluaskan informasi ini kepada pembaca blog ini dan semua bahawa Blues Gang bakal beraksi di  Angkasapuri Kota Media Sabtu ini. Persembahan ini dibawakan oleh Unit Hiburan TV RTM dalam rancangan HMI, Hiburan Minggu Ini: Blues.  Blues Gang merupakan kumpulan muzik legenda yang popular sejak era 1970-an antara lagu mereka seperti Apo Nak Di Kato dan Mama Saya Mahu Kahwin.  Penampilan teristimewa juga di HMI, Hiburan Minggu ini dari Ilham (Pitahati), Khir Rahman, Jo Branko, Tom dan Nur Amira Syahira. Mari bersama memeriahkan acara ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kota Media pada 30 September 2023, Sabtu pukul 9.00 malam.  Acara ini juga akan bersiaran secara langsung di TV2 dan RTM Klik.

SINGLE TERBARU YASSER SHARIFUDIN – GENDERANG CINTA

Image
  Entry pada kali ini berkisar tentang Yasser Sharifudin serta single terbaru Genderang Cinta. Yasser Sharifudin merupakan artis solo yang bergerak sendiri serta optimis untuk terus mengorak langkah dalam industri muzik tanah air. Saya ingin berkongsi sedikit latar belakang tentang seorang yang bernama Yasser Sharifudin ini. Yasser Sharifudin atau nama penuhnya Muhammad Yasser Bin Sharifudin, penyanyi baru kelahiran Kuala Lumpur ini mula minat menyanyi sejak umur 10 tahun lagi atas   faktor minat yang mendalam serta turut mendapat galakan dari arwah ibunya. Untuk pengetahuan juga, Yasser Sharifudin pernah menyertai program pertandingan berprestij terbitan RTM iaitu Bintang RTM pada tahun 2018 dan berjaya menjadi finalis ke peringkat akhir Bintang RTM 2018. Yasser berduet bersama Ameer Sofazr menggegarkan CIDB dengan lagu Pelesit Kota vs Duit dan juga turut menyampaikan lagu baru ciptaan Syamel bertajuk Lumrah Cinta. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut namun Bintang RTM a

LIRIK GENDERANG CINTA YASSER SHARIFUDIN

Image
  [Verse] Alangkah gembiranya sanubari Sekuntum bunga mekar berseri Pagi nan indahnya hari Ini Cinta bersemi di dalam hati [Chorus] Duduk di pelamin singgah sana Mencipta bahagia kita bersama Menjaga kerukunan rumah tangga Rumah tangga aman sentosa [Verse] Pukul gendang berselang-selang Hati berbunga bertambah sayang Tidur tak lena makan tak kenyang Hati kanda untuk dinda seorang [Chorus] Duduk di pelamin singgah sana Mencipta bahagia kita bersama Menjaga kerukunan rumah tangga Rumah tangga aman sentosa [Verse] Periuk belanga berlaga-laga Janganlah dinda bermuram durja Maaf kanda bukanlah sengaja Janganlah kita bersengketa [Chorus] Duduk di pelamin singgah sana Mencipta bahagia kita bersama Menjaga kerukunan rumah tangga Rumah tangga aman sentosa [Verse] Dengarlah pesanan ini Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam peti Kalau ada silap dan salah Jangan disimpan di dalam hati [Chorus] Duduk di pelamin singgah sana Mencipta bahagia kita bersama M

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE