Posts

Sekitar Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018

Image
Enam peserta berjaya mara ke peringkat separuh akhir Bintang RTM 2018. Barisan peserta Konsert Separuh Akhir adalah Hafiz Zainal, Hariz, Yasser, Heidi, Anna dan Ferona. Mereka berentap untuk menempah tiket ke peringkat akhir. Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri disiarkan secara langsung di TV2. Penyanyi hebat Nora telah membuat persembahan pembukaan untuk Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018. Semua peserta yang bertanding membuat persembahan dengan menyampaikan lagu daripada cabaran peminat dan cabaran juri.  Pusingan pertama (Cabaran Peminat) : Hafiz Zainal - I Won't Give Up Heidi - Makhluk Tuhan Paling Seksi Anna - Akhirnya Kini Pasti Hariz - Chandelier Ferona - Never Loved A Man Yasser - Kasihnya Ibu Pusingan Kedua (Cabaran Juri) : Hafiz Zainal - How Long Heidi - Rolling In The Deep Anna - Terlalu Istimewa Hariz - When I Was Your Man Ferona - Penglipur Lara Yasser - Roman

Sinopsis Labu dan Labi

Image
Slot Teater Legenda kali ini membawakan sebuah lagi filem hebat arahan Allyarham Tan Sri P. Ramlee bertajuk “Labu dan Labi” , akan  bersiaran pada 2 April 2018 , pukul 9.30 malam , di TV2. Saksikan gandingan lucu P. Ramlee dan Mohd. Zain sebagai Labu dan Labi, orang gaji kepada Haji Bakhil, seorang tua yang sangat kedekut. Isterinya yang penyabar dan setia serta anak perempuan mereka yang cantik, Manisah, melengkapkan sebuah keluarga yang hidup harmoni. Kedua-dua Labu dan Labi sering dimarahi, dimaki dan dipaksa melakukan hukuman kanak-kanak iaitu  ketuk-ketampi  oleh Haji Bakhil tetapi tetap bertahan untuk bekerja dengannya kerana masing-masing dalam diam menaruh hati kepada Manisah. Satu malam apabila mereka berdua hendak tidur di beranda rumah Haji Bakhil, seperti biasa mereka berdua memulakan cerita tentang angan-angan masing-masing. Cerita angan-angan mereka bermula di sebuah kelab malam. Labi berangan yang dia adalah majistret yang ingin ke kelab malam untuk berju

SINOPSIS TELEMOVIE: AWE KENO NIKOH

Image
Adakah kisah Awe dan Mek Tie bakal menggeletek penonton di pagi Ahad? Saksikan keletah Uqasha Senrose dan Zahiril Adzim bercakap dialek Kelantan dalam telemovie “Awe Keno Nikoh” bersiaran pada 18 Mac 2018, pukul 10.05 pagi menerusi slot Panggung Ahad di TV1 SINOPSIS "AWE KENO NIKOH" Menonjolkan watak Ridhwan atau dikenali dengan nama timangan Awe, berketurunan Kelantan tetapi dibesarkan dan bertugas di Kuala Lumpur. Awe mempunyai seorang kekasih bermata duitan. Dia membuat keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya setelah sedar ianya satu kesilapan. Keputusannya itu solah-olah mendatangkan rezeki kepada dirinya. Selepas pulang ke pejabat, Awe menerima pujian atas kecemerlangannya. Dia dinaikkan pangkat dan diarah untuk menguruskan syraikat di Kelantan. Dalam pada itu, Awe mengenali Mek Tie, seorang peniaga online yang dirasakan kasar dan menjual barangan tidak berkualiti. Mek Tie diminati oleh Osman K-Pop, seorang penyanyi dikir barat yang melarang Awe dar

RTM Menampilkan Dokumentari Terbaru : Impossible Engineering

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan sebuah siri dokumentari terbaru bertajuk “Impossible Engineering” menyingkap kehebatan kejuruteraan moden dan pembinaan struktur mega yang agak mustahil untuk dibina. Mula bersiaran pada 13 Mac 2018 , setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 tengah hari di TV1. Siri dokumentari 13 episod ini turut berkongsi tentang halangan dan cabaran yang dihadapi oleh jurutera-jurutera dalam proses pembinaan sesebuah struktur. Mereka mengambil risiko dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak teruji dan dengan itu merevolusikan bidang mereka. Dalam episod pengenalan bertajuk “Ultimate “Warship” penonton dibawa menyingkap sejarah pembinaan kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth. Siap dibina pada tahun 2014 oleh jurutera-jurutera dari Britain. Kapal ini mempunyai kawasan permukaan yang lebih besar daripada dua padang bola sepak dan dapat dipenuhi dengan jet pejuang F35 yang canggih. Dr. Rhys Morgan, dari Royal Academy of Engineering, berkong

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

Image
Pengikut program Bintang RTM semestinya tak sabar menunggu minggu pertama konsert bintang RTM 2018. Saksikan Bintang RTM 2018 yang akan bermula pada 27 Januari 2018, Sabtu ini pukul 8.30 malam di TV2. Jom kenali 16 peserta yang akan berentap dengan lebih dekat. YASSER Nama penuh: Muhammad Yasser bin Sharifudin (Yasser) Asal : Kuala Lumpur Hobi: Menyanyi dan mengusik orang IG: Yasser_bintangrtm2018 DEE Nama penuh:  Siti Nur Nadia binti Mohd Rozi (Dee) Asal: Melaka Hobi: Memasak IG : deebintangrtm2018 HARIZ Nama penuh:  Fadhli Hariz bin Fayahet (Hariz) Asal: Johor Hobi: Menyanyi,Menonton rancangan realiti Nyanyian,  Membeli-belah IG :  hariz.bintangrtm2018 YUVEENA Nama penuh:  Yuveena A/P Gunainthran (Yuveena) Asal: Kedah Hobi: Menyanyi, Menari, Bermain Gitar IG : yuveenabintangrtm2018 RUSIL Nama penuh: Sharifah Rusilmu Imani binti Syed Hussain (Rusil) Asal: Kuala Lumpur Hobi: Menyanyi / Membaca Novel IG: rusilbintangrtm2018 EYKA

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE