Posts

Permintaan Hati

Hati ini Dilanda kemarau berpanjangan Lalu menjadi gersang Dikepung kegelisahan Tak bertepian Ya Tuhan Jangan pernah biarkan Kegundahan berlimpahan Ku pohon kasih sayang Kurniakanlah setitis hujan Agar hati ini Tidak gersang lagi Ku berjanji Sebidang hati ini Akan kupenuhi Dengan tanaman ketakwaan Semoga Tuhan memakbulkan permintaan hati Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Riwayat Rindu

Duhai cintaku Pesonamu Menenggelamkan aku  Jauh di lubuk rindu Merantai jiwa nan satu Bersemadi dalam kalbu Dirimu tak kunjungi aku Lalu persoalan bertalu-talu bermain saban waktu Tersesatkah hatimu Terpenjarakah dirimu Tersasarkah destinasimu Hambatan rindu  terus menemaniku Fikiranku terbelenggu  Hatiku setia menunggu di pelabuhan rindu Daku berseru Wahai kekasihku Tamatkan riwayat rindu Pulanglah ke pangkuanku Semoga cintamu masih bersisa buat diriku Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Raya

Image
Assalamualaikum.. Forgiving is much better than holding a grudge for a year..Haa eloklah tu kan…Hari Raya ni full of surprises, events and happenings kan kan kan.Berjumpa sanak saudara dan ahli keluarga gather under one roof after a long while..hmmm syok sangat.Journey balik kampong redah jam part yang paling best kot kan..ngeeee.Sampai-sampai rumah kat kampung ja terus peluk mak.Bahagia tak?sangat bahagia. Lien duk terbayang-bayang dah ni juadah apalah mak lien akan masak nanti tuk raya.Lien tak dapatlah nak tolong mak masak tahun ni.Bertolak dari KL pun dah lambat dah..Serius tak sabar dah.Tapi terpaksalah tunggu adik lien yang memang tak boleh apply cuti raya awal. Di kesempatan ni lien nak ucapkan selamat hari raya tuk rakan-rakan yang disayangi sangat-sangat nih, buat musuh ketat ke musuh dalam selimut ka..ahahhaha.manalah tau kan kot ada musuh.Lupakan sengketa marilah kita berdamai.Lagi best kita berkawan daripada bermusuh kan.Lien pohon seribu kemaafan..eceh

Menanti Sinar Syawal

Image
Dari kejauhan Kukirim salam penuh kerinduan Keriangan tersarang di minda Seri syawal menghiasi rupa Lambaian desa tercinta Buat hati meronta-ronta Segera pulang Bertemu ayah bonda Menatap wajah mendakap erat Mencium tangan memohon ampun Semoga terhapus segala dosa Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Ruang hati

Kenapa baru kini Engkau luahkan cinta Di saat  punah sudah hati ini Kenapa baru kini Engkau tunjukkan cinta Di saat  trauma cinta melanda diri Segala ucapan dianggap dusta Tiada lagi kepercayaan di hati Maaf ku tak dapat lagi terima Kerana tiada lagi ruang di hati Cuma dipenuhi kaca dan luka Maaf kamu yang menjadi mangsa Cinta dulu yang tak bersemi Mungkin kamu yang pertama Jika cinta ini terbit lagi Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Revolusi Lorong Ini

Di lorong yang gelap ini Hatiku telah dicuri Dibawa pergi Meniti keriangan tak bertepi Di lorong yang terang ini Kebahagiaan disambar pergi Lalu tersungkur tak gagah berdiri Melewati jalan ini Penuh sepi tak berpenghuni Kelopak yang bergenang ini Tak terbendung lalu menghujani pipi Melihat dirimu lena diuliti mimpi Buat daku sedar diri Tak guna menyerah pada nasib diri Yang ruginya aku yang lemah ini Di lorong yang bercahaya ini Telah kutinggalkan segala memori Meniti hari yang pasti Bangkit memperjuangkan nasib diri Semoga aku tak rebah lagi Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Cara-cara Penjagaan Rambut Dalin LienDa Winda

1.Produk penjagaan rambut   Make sure ada produk lengkap untuk rambut.Sila rujuk senarai di bawah.Lien ada ni semua.Tengok macam mak aiii banyak betul.Jangan risau  produk ni tahan sampai 6 bulan.Percayalah syampu je tak cukup untuk dapat rambut yang cantik .   Syampu (cuci rambut dengan menggunakan syampu setiap hari atau 2 hari sekali) Conditioner ( conditioner ni apply selepas siap bilas rambut pakai syampu tadi kan.Selepas apply conditioner bilas sekali lagi ) Hair mask (boleh pakai 2 minggu sekali nak kasi rambut smooth.Selepas cuci rambut dah siap syampu dan apply conditioner,apply hair mask ni dan biar selama 5 minit.Sementara tunggu 5 minit tu boleh lah nak gosok gigi ke nak sabun badan ke kan ) Calmer essence (apply sebelum dan selepas siap keringkan rambut menggunakan hair dryer) Leave in treatment ( sapu kat hujung rambut tak bagi rambut bercabang) Hair Tonic ( hair tonic ni untuk kurangkan kelemumur. Spray kat bahagian akar rambut sebelum

Rantai Hati Yang Berkarat

Gegelung dawai membelit hati Hingga  sukar dileraikan Keangkuhanmu  tinggi di awan Kejahilanmu tidak bertepi Oh…alangkah ruginya Menghulur kerana nama Tidak kau endah untuk menempatkan diri sebagai penghuni syurga Asalkan istana dunia milikmu Entah esok atau lusa Masanya akan tiba Memamah semua Yang tinggal hanyalah dirimu yang alpa Jasadmu membusuk di neraka Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Subhanallah..baiknya Allah S.W.T

Image
Assalamualaikum.. Sepanjang bulan Ramadhan ni,lunch hour of course lah tak kuar makan kan.Bagi mereka yang bersahur pagi tadi Insya-Allah tak ada rasa lapar sangat kan kan kan.Tak boleh makan dan minum pada waktu macam ni tak pe,kita bagi ja rohani kita makan dengan baca artikel-artikel yang baik tuk tambahkan pengetahuan pada bulan Ramadhan ni.Saya pun bukanlah seorang muslimah yang baik,tapi saya berusaha tuk jadikan Ramadhan kali ni lebih baik daripada tahun lepas. Lihat nih.Subhanallah..baiknya Allah S.W.T..bagi ganjaran yang begitu banyak.Rugilah kalau kita tak rebut peluang keemasan.Tak tahu tahun depan berkesempatan lagi ke tak kan. Harap-harap bulan puasa ni boleh menyedarkan kita  sentiasa ingat pada orang-orang yang tak berkemampuan.Usahkan nak merasa makanan yang lazat-lazat,mungkin ada yang berlapar tak ada makanan dan minuman. Melihat rakan-rakan facebook saya post gambar-gambar hidangan berbuka mereka, gulppppp (bulih meleleh air liur)...memang sangat m

Salam Ramadhan

Image
Assalamualaikum.. Besok 1 Ramadhan dah start puasa kan. So saya nak mintak maaf kalau ada salah dan silap terkasar bahasa salah tingkah laku. Teruja malam ni nak p terawih, besok pagi-pagi bangun sahur dan melaksanakan amal ibadah yang lain. Saya berdoa semoga kalian termasuk saya menjadi insan yang lebih baik dan mengharungi ramadhan dengan sukses. Selamat berpuasa dan selamat beramal.

Friday I'm in Love

Image
Go Awang!Go Awang! Semenjak dua menjak nih, aku dah buang tabiat selalu duk gelek-gelek and nyanyi  Go Awang!Go Awang! Ha nak tau nape?Aku selalu follow drama bersiri  Friday I’m in Luv setiap hari Khamis 8.30 malam di TV9.Bagi aku drama bersiri Friday I’m in Luv ni saaaangat comel.. Awang ni akan jatuh cinta setiap hari Jumaat dan putus setiap hari Khamis.Kononnya dia terkena sumpahan Friday I’m in Luv jatuh cinta kepada gadis mengikut abjad.yang paling besh sebab Awang mempunyai sahabat-sahabat yang sangat concern kepada beliau.Minggu ni adalah episod akhir.Aku sangat teruja nak tahu siapakah sebenarnya yang akan betul-betul jadi kekasih Awang yang sebenar.Jom tonton hari rabu ni.

Budu oh budu

Image
Sedap sengoti kalu make nasik ado budu.Sungguh dop tipu lasung.Bubuh limau nipis sikit,cili padi sikit,bawe sikit pahtu cicoh pulok denga ule-ule..perggghhh.Make nasik tamboh berpingge-pingge.Pehe ko dop?Dop pehe?Nok keno translate ko? Meh nak alih bahasa…heheheeh.Kelantan mari kan anok kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang,kadang-kadang ada jugak timbul perasaan sekali sekala nak update blog nih dalam loghat Kelantan.Hari-hari duk kecek KL sapa kocok botol budu.Hahahah. Tak po tak po ari ni kita bui sikit jah.Rusing jugok takut pakat tengango abih baco dop pehe sebutir habok.Kalu sep kito baco tak po la konpem pehe.Dop gitu? Promo jap.Anda  berminat nak belajar loghat Kelantan?  Ahaks..inilah orangnya yang bersedia membantu  anda. V V Dalin LienDa Winda Meh la.Boleh register.Saya bagi lecture.Free of charge.Mana lah tau kan kot-kot ada yang nak cari calon orang Kelantan,nak berborak-borak dengan bakal mak mentua ke satu patah perkataan pun tak paham payah

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE