Kisah pada waktu tengah hari..meh kita terjah
Assalamulaikum... Pada hari ni saya dan teman-teman menikmati makan tengah hari di BBQ Chicken One Utama.Lagi dua minggu menjelang Ramadhan ada di antara kami di opis yang beragama Islam sudah melaksanakan puasa ganti.Topik perbualan kami sewaktu menikmati makan tengah hari lebih menjurus kepada bab puasa.Rakan-rakan saya ni banyak bertanya mengenai puasa. Peace Teman-teman yang disayangi Ada sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan dengan u olss.Salah seorang teman saya ni bercerita pengalaman beliau belajar berpuasa ketika tinggal serumah dengan rakan-rakan Malay. Teman saya ni berbangsa cina dan dia teruja tuk berpuasa. Suatu hari tu,beliau cuba tuk berpuasa bangun sahur bagai lah follow rakan-rakan serumah yang lain.Sampai pukul 3 petang dia cakap dah tak boleh tahan. Lepas tu dia tertidur . Masa dia tidur tu dia tengah gigit jari tau. Ha…teruja nak tau apalah yang dia mimpi sampai gigit jari masa tengah tidur. Sila rujuk gambar di bawah.