Cahaya Malaika






Siapa yang dah tonton telefilem Cahaya Malaika?Lien berkesempatan menonton telefilem ni semalam yang disiarkan di TV3. Hubby beritahu yang beliau sudah lama  menonton telefilem ni. Barulah lien tahu yang telefilem ini pernah disiarkan pada tahun lepas.

Sebuah telefilem arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin ini sangat menarik dan menyentuh kalbu.Lakonan yang mantap oleh barisan pelakon yang hebat seperti Que Haidar,Sharifah Shahora, Riz Azman,Adik Putri Luvvna,Roy Azman,Normah Damanhuri dan ramai lagi.Serius tabik.Air mata ku ini hampir bergenang tau semasa menonton cerita ni.Sebak.Boleh dikatakan kebanyakannya cerita Bollywood  yang boleh menyentuh sanubari lien ni .Tapi penangan telefilem ni..perghhh. Syabas kepada team  ‘ Cahaya Malaika’.

Selepas menonton cerita Cahaya Malaika ni, lien ringkaskan dan share dengan korang:

Mengisahkan Ezra  seorang penulis yang mengharungi liku kehidupan yang sangat sukar selepas kematian ibunya.Ibarat sudah jatuh di timpa tangga.Beban hutang dan masalah kewangan yang di tanggung membawa beliau ke kampung halaman arwah ibunya.Beliau bercadang untuk menetap di rumah pusaka ibunya buat sementara waktu.Isteri beliau Lily lari meninggalkan beliau dengan niat pada asalnya untuk meringankan beban yang di tanggung suaminya.Kerinduan anaknya terhadap ibunya membuat Ezra tertekan.Mak Ngah pula tidak habis-habis dengan cita-citanya untuk menjadikan rumah milik  ibu Ezra tempat beliau berteduh sebagai home stay.Keadaan bertambah sukar apabila beliau disahkan menghidap barah otak.Beliau nekad untuk menyiapkan penulisannya demi masa depan anaknya.Mak Ngah pula menjaja cerita bahawa Ezra terkena aids akibat pekerjaan dan gaya hidup isterinya di bandar.Sahabat Ezra kesal dengan saudara Ezra yang tidak mahu membantu saudara sendiri sedangkan beliau yang tiada ikatan keluarga dan darah daging dengan Ezra banyak menyokong Ezra.Sahabat Ezra yang kesal dengan tuduhan penduduk kampung akhirnya membongkar semua kebaikan yang Ezra lakukan terhadap ibu dan Mak Ngahnya.Lily juga membuat keputusan untuk kembali kepada beliau tetapi semuanya sudah terlambat.
Ezra menganggap semua  perkara yang menimpanya sebagai kifarah.Akhirnya Ezra telah menghembuskan nafas yang terakhir.

Terima kasih sudi baca entry ni.


Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE