Kepentingan Asid Folik

Hai,

Mek jangok nak menyeru kepada moms-to-be and mommies yang sedang hamil,jangan culas ambil asid folik ya. Kenapa ya?Doktor dan nurse bukan suka-suka paksa kita makan ubat yang dorang bekalkan pada kita setiap kali check-up.Ada sebabnye tau.Dads-to-be and ayah-ayah sekalian, jangan lupa ingatkan isteri tersayang anda tuk mengambil asid folik mengikut dos dan jadual yang betul ya. Bakal pengantin..gegurl sekalian..2 atau 3 bulan sebelum akad nikah pun dah boleh mulakan ambil asid folik.Boleh beli kat mana-mana farmasi.Tak mahal pun.RM 0.90-RM1.20 sepapan.

Apa benda la tu asid folik? Masa sekolah menengah dulu dah belajar tapi dah lupa la kan.Dah lama grad.kui kui.Belajar pun untuk lulus dengan cemerlang dalam exam ja. Korang pun sama kan kan. Apa yang kita belajar tu lah kita kena prakktikkan dalam kehidupan seharian.Chewahh..lagi-lagi dah naik pangkat jadi Puan ni.Zaman sekolah dah abis tak bermakna kita kena tutup  buku selama-lamanya.Encik Google kan ada.Majalah Pa&Ma pun boleh.Luaskan bacaan tau.Atau pun boleh rujuk secara langsung kepada doktor.

Okeh.sayang-sayang.meh sini nak cerita.Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis dan ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Asid folik sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh.Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang  rosak dalam sel.Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru.

Wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Sebab itu lah penting pemakanan yang sihat dan seimbang buat ibu yang hamil. Masalahnya apabila alahan berlaku sepanjang kehamilan, si ibu tidak dapat mengawal pemakanan untuk makan makanan berkhasiat. Makan ja muntah.Sebab tu lah, kita kena makan asid folik yang dibekalkan oleh Doktor atau boleh beli sendiri kat farmasi.Supaya kita dapat ganti balik vitamin yang tak cukup tu.

Alhamdulillah, mek jangok tak mengalami alahan yang teruk semasa preggy tahun lepas. Pening dan rasa sedikit mual pada awal kehamilan ja pada 3 bulan pertama. pssst..hubby aku plak yang terlebih mual, fenin dan loya-loya.Kesian dia.hahha Lepas 3 bulan tu selera makan menjadi-jadi,jadilah bam bam masa preggy.Tapi no big deal la.Dah kurus balik dah ni.Dah share dengan korang kan dalam entry yang lepas macam mana boleh slim balik selepas bersalin.

Semasa preggy tahun lepas, Mek jangok memang jarang sangat skip makan asid folik ni.Kalau terlupa sekali sekala, hubby sentiasa ingatkan dah makan ke belum asid folik.Penting tau ada hubby yang selalu wat spot check ni.Ye lah kan,kita kan mengandungkan zuriat dan keturunan dia.Kalo hubby tak concern sape lagi kan.

Okay..mek jangok dah malas dah nak membebel kat korang pasal asid folik.Kalau korang nak tahu secara lanjut kepentingan asid folik ni boleh klik link di bawah tulisan artikel oleh Dr Zubaidi.

Dr Zubaidi : Faedah Asid Folik kepada Kesuburan dan Kehamilan

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE