Gui Ling Gao

Indahnya hidup berbilang bangsa.Asalkan saling menghormati dan boleh bertolak ansur.Rakan sepejabat saya kebanyakannya adalah Chinese. Banyak yang saya belajar mengenai budaya, bahasa dan cara hidup mereka.

Hari ni saya ingin berkongsi mengenai Gui Ling Gao yang diperkenalkan oleh rakan sepejabat saya.Apakah??Gui Ling Gao ni boleh dikategorikan sebagai sejenis ubat Cina.Kalau ikut bahasa terjemahan bermaksud jeli kura-kura/penyu..halamak.boleh makan ke?Rakan saya menerangkan bahawa tiada satu bahagian kura-kura/penyu  pun dalam Gui Ling Gao ni.Dulu memang ya tapi sekarang tak lagi. Sebab salah disisi undang-undang  menggunakan kura-kura/penyu.Gui Ling Gao Cuma mengandungi herba-herba dan bunga-bungaan.Gui Ling Gao membantu membuang toksin dalam darah dan memulihkan penyakit kulit.Jerawat pun boleh hilang.
Nak tau macam mana rupa Gui Ling Gao..Jeng jeng jeng. Sila rujuk gambar di bawah:
Rasanya sedikit pahit.Boleh dimakan dengan gula merah tuk menghilangkan sedikit rasa pahit tu. Kalau anda nak cuba boleh didapati di kedai-kedai ubat Cina. 
Zai jian.Xie xie..

Comments

Dalin LienDa said…
pernah..dalam sebulan tu ada makan sekali
Unknown said…
Tgu Yyg Bnja !!
Anonymous said…
mmg sdap pn...mkn gn gule merah lg sedap...lau bli msti mntk lbh gule merah 2....

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE