Pemenang Bintang RTM 2018 Peringkat Akhir


Bintang RTM 2018 telah pun melabuhkan tirainya. Siapakah juara yang Bintang RTM 2018? 

Hariz Juara Bintang RTM 2018
Nampaknya Bintang Hariz telah bersinar pada malam Konsert Akhir Bintang RTM 2018 dan telah dinobatkan sebagai juara. Pada pusingan pertama Hariz berduet bersama Mel vokalis band Sakura  secara battle dan mash up dengan lagunya Fantasy vs Polaroid. Pada pusingan kedua Hariz menyampaikan lagu baru ciptaan Manusia Putih bertajuk Yang Terbaik.  Persembahan secara keseluruhan dan vokal Hariz telah berjaya memikat hati juri. Hariz dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 2018. Hariz juga memenangi kategori vokal terbaik pada malam tersebut. Hariz membawa pulang hadiah tempat  pertama berupa wang tunai bernilai RM 20,000 berserta trofi dan RM 5000 untuk vokal terbaik.

Naib Juara disandang oleh Heidi membawa pulang hadiah bernilai RM15,000 berserta trofi. Heidi berduet bersama Arul Sevendays menyampaikan lagu Akad vs Memori. Pada pusingan kedua, Heidi menyampaikan lagu baru bertajuk Kata Hati ciptaan AG Coco.

Pemenang tempat ketiga adalah Hafiz. Hafiz berjaya mencuri hati juri dan turut memenangi kategori Persembahan Terbaik. Hafiz menyampaikan lagu duet secara battle & mash up bersama Neeta iamNeeta dengan lagu Hello vs Sakit. Lagu baru Hafiz pula bertajuk Percaya Kasihmu yang dicipta oleh Hang Nadim. Hafiz membawa pulang hadiah tempat ketiga RM10,000 berserta trofi dan RM 5000 untuk persembahan terbaik.

Anna berduet bersama Projector Band dengan lagu Kalau Mencari Teman vs Aisyah. Lagu baru yang disampaikan oleh Anna bertajuk Erti Cinta ciptaan AG Coco. Ferona dan Epul Drama membawakan lagu Simply The Best vs Babak Pertama. Pada pusingan kedua Ferona menyampaikan lagu baru bertajuk Idola. Lagu baru Ferona juga turut digubah oleh AG Coco. Yasser dan Ameer Sofazr menggegarkan CIDB dengan lagu Pelesit Kota vs Duit. Lagu baru Yasser ciptaan Syamel bertajuk Lumrah Cinta. 

Pada pusingan ketiga pusingan battle antara peserta lelaki dan perempuan Ferona, Heidi dan Anna dengan lagunya One Moment In Time manakala Yasser, Hariz dan Hafiz menyampaikan lagu bertajuk Sejati .Anna, Ferona dan Yasser mendapat saguhati dan hadiah bernilai RM 1000.

Tahniah kepada semua pemenang. Silakan berkongsi entry ini jika bermanfaat. 

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO